Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kali pertama kejohanan LIV Golf di S'pura 28-30 Apr

Mar 9, 2023 | 5:30 AM
40083bd5-ff22-4304-bf12-e49b764d57bd
-

RESORT World Sentosa (RWS) akan menjadi rakan kongsi dan hotel rasmi bagi kejohanan LIV Golf Singapore pada 28 hingga 30 April.

Demikian diumumkan RWS dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Dengan penganjuran LIV Golf Singapore, ia juga merupakan kali pertama ia diadakan di Singapura.

Kejohanan golf berprestij itu bakal menyaksikan 48 pemain terhandal dunia, termasuk Phil Mickelson dan Dustin Johnson, bertarung di Sentosa Golf Club.

Ketua pegawai eksekutif dan pesuruhjaya LIV Golf, Greg Norman, berkata: "Kejohanan ini akan membawa pemain golf yang terhebat ke Asia."

Ketua pegawai eksekutif RWS, Encik Tan Hee Teck, berkata acara tersebut akan menarik perhatian golongan penggemar golf dari kalangan pengunjung mewah RWS.

Liga LIV Golf menampilkan 14 kejohanan di tujuh negara berbeza.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg