Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA NEGARA-NEGARA UEFA

Kane: Jangan panik walau England kalah besar

Jun 16, 2022 | 05:46 AM



WOLVERHAMPTON: Pengurus England, Gareth Southgate, berkata beliau tanggungjawab di atas kekalahan terburuk Three Lions di tempat sendiri sejak 1928 apabila tewas kepada Hungary 0-4 di Wolverhampton semalam.



Dua gol Roland Sallai serta gol lewat Adam Nagy dan Daniel Gazdag meletakkan skuad kendalian Marco Rossi di landasan tepat untuk ke final Liga Negara-Negara Uefa tahun depan.



Dengan keputusan itu, skuad kendalian Southgate berdepan penyingkiran daripada kejohanan itu selepas empat perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan.



"Pemain telah menunjukkan persembahan yang baik. Mereka telah memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang tempoh ini.



"Ia adalah tempoh yang sangat sukar bagi mereka kerana jumlah perlawanan yang telah mereka hadapi.



"Tanggungjawab terletak pada dari saya. Namun sukar juga untuk meletakkan pasukan terkuat dalam setiap perlawanan, jadi kami menggunakan pengalaman ini untuk membuat persediaan bagi saingan di Qatar (Piala Dunia).



"Sudah tentu malam seperti ini benar-benar sukar dan adalah penting saya melepaskan tanggungjawab ini dari bahu mereka kerana saya benar-benar bertanggungjawab."



Ketika Southgate merenung kembali kekalahan terburuk England di padang sendiri dalam tempoh lebih 90 tahun, beliau dijangka mempertimbangkan sama ada caranya mengendalikan pasukan England di Liga Negara-Negara telah menyebabkan pasukannya itu semakin mundur dari segi persembahan dengan Piala Dunia semakin hampir.



England belum pernah mengalami kekalahan sebesar itu di padang sendiri sejak kekalahan 1-5 kepada Scotland pada 1928.



Ini juga adalah kekalahan kedua mereka di padang sendiri kepada Hungary sejak kemenangan terkenal 6-3 oleh Pasukan Emas Hungary di Wembley pada 1953.



England kini mengharungi empat perlawanan tanpa kemenangan buat kali pertama sejak 2014.



"Kami belum pernah tewas dalam banyak perlawanan bola sepak dan apabila anda kalah teruk, di padang sendiri terutamanya, ia sesuatu yang amat menyakitkan," kata Southgate.



"Pengurus sebelum saya pernah mengalami malam seperti ini, saya telah menonton mereka dari sofa sebagai seorang kanak-kanak dan menonton sebagai pemain, dan saya mengenali masa sukar itu.



"Namun begitu, anda tidak boleh hanya berada di hadapan apabila keadaan berjalan dengan lancar dan tidak mengambil tanggungjawab apabila anda mengalami keadaan yang sukar.



"Itu adalah sebahagian daripada bola sepak, itu adalah sebahagian daripada kehidupan."



Southgate dianggap sebagai jurulatih kedua paling berjara dalam sejarah pasukan lelaki England, selepas beliau membawa pasukannya ke separuh akhir Piala Dunia dan ke final Kejohanan Eropah (Euro).



Namun, kini beliau hanya hanya mempunyai baki dua perlawanan pada September ini untuk membina semula keyakinan pemainnya sebelum mereka beraksi di Qatar.



Sementara itu kapten pasukan, Harry Kane, meminta penyokong untuk bersabar dan tidak panik.



"Ini bukan masa untuk panik," katanya yang menolak sebarang cadangan bahawa Southgate harus dipecat.



"Ia adalah malam untuk dilupakan tetapi kita perlu menghadapinya dengan tenang. Kita perlu terus bergerak ke hadapan.



"Kami kini dalam persediaan untuk menghadapi kejohanan besar Piala Dunia dan itu lebih penting." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >