Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ANTARABANGSA

Kane jaring gol ke-50 bagi England bantu pasukan seri dengan Jerman

Jun 09, 2022 | 05:30 AM



MUNICH: Gol penalti hasil jaringan Harry Kane membantu England seri dengan Jerman dalam Liga Negara-Negara Uefa - lantas menjadikannya sebagai pemain kedua untuk menjaringkan 50 gol buat pasukan negaranya.



Kane, yang juga kapten pasukan England, mengelirukan penjaga gawang Jerman, Manuel Neuer, dengan mudah menerusi rembatannya ke penjuru kanan sedang Neuer menyangka bola akan ke kirinya.



Penalti diberikan hanya dua minit sebelum wisel penamat ditiup menyusuli semakan pada penolong pengadil maya (VAR) yang menunjukkan bahawa Kane telah dijatuhkan Nico Schlotterbeck dalam petak penalti.



Ia merupakan gol yang memberikan England mata pertama dalam pertandingan tersebut selepas kekalahan mengejut di tangan Hungary Sabtu lalu.



Ini menjadikan Kane pemain kedua dalam kedudukan rekod England - hanya tiga gol di belakang Wayne Rooney.



England kelihatan akan mengalami kekalahan kedua mereka namun menunjukkan prestasi lebih baik lewat permainan yang berlangsung di Munich, Jerman.



Pasukan tuan rumah meraih gol pertama menerusi Jonas Hofmann yang meledak gol ke gawang England pada minit ke-50.



England dijangka meneruskan rentak permainan sebegini apabila mereka bertemu Italy di Molineux, Sabtu ini.



Sepanjang permainan, England sekali lagi kelihatan seperti sebuah pasukan yang sedang berehat selepas musim panjang liga perdana.



Ini diburukkan lagi dengan jaringan Hofmann yang meletakkan Jerman di hadapan.



Pemain Manchester City, Jack Grealish, yang menggantikan Mason Mount dengan hanya 18 minit baki permainan, menyemarakkan jentera serangan pasukan.



Begitu juga selepas kemasukan pemain West Ham United, Jarrod Bowen, yang masuk dalam 10 minit terakhir bak memberi nafas baru kepada England.



Jerman kelihatan seperti akan menambah jaringan, namun pasukan pimpinan Hansi Flick itu gagal menyempurnakan peluang menyusuli persembahan baik penjaga gawang England, Jordan Pickford, yang menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi pemain lawan, Thomas Muller dan Timo Werner.



England yang dipimpin Gareth Southgate hampir mendapat jaringan sebelum gol penalti Kane namun Neuer juga bertindak cemerlang untuk menyelamatkan pasukannya.



Jaringan penalti Kane pada minit ke-88 akan membuat banyak perbezaan buat England yang pastinya berazam bermain dengan lebih baik apabila berhadapan Italy dan Hungary di padang sendiri. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >