Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kane jaring gol kemenangan, Spurs tewaskan Juventus 3-2 di Stadium Negara

Jul 21, 2019 | 10:47 PM



GOL yang dijaringkan Harry Kane dalam masa kecederaan memberi kemenangan 3-2 kepada Tottenham Hotspur ke atas Juventus dalam perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di Stadium Negara pada Ahad (21 Julai).



Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo, menjaringkan satu gol, tetapi usahanya itu tidak mencukupi untuk mengelak kekalahan bagi juara Serie A itu. 



Dengan perlawanan terikat 2-2, Kane menjaringkan gol dari garisan tengah padang, menyambar bola yang terlepas dari kawalan pemain midfield Juventus Adrien Rabiot. Penjaga gawang Wojciech Szczesny, yang terkandas di petak penalti sendiri, mencuba sedaya upaya, tetapi gagal menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi bagi kali ketiga.



Jaringan itu mengakhiri malam dengan positif bagi Spurs, sebagaimana ia memulakan perlawanan itu. Erik Lamela membuka tirai jaringan pada minit ke-31, sebelum Gonzalo Higuain menyamakan kedudukan di awal separuh masa kedua.



Selang lima minit, Ronado menggandakan jaringan bagi Juventus, tetapi suasana pesta yang menyambut jaringannya itu berubah pada minit ke-66, apabila Lucas Moura menyamakan kedudukan bagi Spurs.



Jaringan itu membuka laluan bagi Kane menjamin kemenangan bagi Spurs dalam babak-babak terakhir perlawanan.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >