Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Kane jaring hatrik bantu Spurs menang besar 5-1

Tottenham tundukkan NS Mura bagi kemenangan pertama Liga Persidangan; Leicester gagal capai kemenangan pertama Liga Europa, tewas 1-0 pada Legia
Oct 02, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Harry Kane tidak memulakan perlawanan tetapi menyertainya pada separuh masa kedua untuk menjaringkan hatrik dan membantu Tottenham Hotspur mencapai kemenangan pertamanya dalam Liga Persidangan Europa semalam.



Kane menjaringkan hatrik itu dalam masa 20 minit untuk memastikan Spurs menang besar 5-1 ke atas NS Mura.



Spurs, yang hanya mampu seri dalam perlawanan pertama Kumpulan G pada minggu lalu, menguasai perlawanan dari awal dan masuk ke waktu rehat dengan kelebihan dua gol.



Gol itu dijaringkan oleh Dele Alli menerusi tendangan penalti pada minit keempat, sebelum Giovani Lo Celso menggandakan jaringan pada minit kelapan.



Corak permainan sama - Spurs menyerang dan pasukan dari Slovenia itu bertahan - diteruskan pada separuh masa kedua, dengan Kane menjaringkan tiga golnya pada minit ke-68, ke-77, dan ke-88.



Sebelum itu, pasukan pelawat menjaringkan satu gol sejurus selepas waktu rehat, apabila rembatan kencang Ziga Kous menemui sasaran.



Pengurus Spurs Nuno Espirito Santo merombak pasukannya dan membuat sembilan perubahan pada skuad yang tewas kepada Arsenal dalam Liga Perdana England (EPL) minggu lalu.



Namun beliau terpaksa memasukan pemain lebih mapan seperti Son Heung-min dan Kane selepas Mura menjaringkan gol itu kerana Spurs kian terdesak mempertahankan kelebihan satu gol.



Perubahan taktik dan pemain itu meraih hasil, dengan Kane menjaringkan gol pertamanya sejurus selepas dimasukkan, diikuti dengan gol kedua selang 10 minit.



Kane melengkapkan hatriknya sekitar dua minit sebelum wisel penamat.



Sementara itu, hasrat Leicester City meraih kemenangan pertama dalam Liga Europa tidak terkabul, selepas ia tewas kepada Legia Warsaw dari Poland di padang sendiri.



Pasukan EPL itu memulakan musim ini secara kurang konsisten dan kini terpaksa pantas bangkit jika ingin mara lebih lanjut dalam pertandingan itu.



Ia hanya mampu seri 2-2 dengan Napoli dalam perlawanan pembuka tirai musim bulan lalu.



Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain warga Azerbaijan Mahir Emreli, yang bertindak kuat pada minit ke-31 untuk merebut bola dari Daniel Amartey sebelum membuat rembatan leret yang melantun dari kaki tiang gawang sebelum melantuk masuk.



Gol itu bak menyemarak semangat anak didik Brendan Rodgers tetapi mereka gagal menemui sasaran, dengan Ayoze Perez hanya mampu menendang bola keluar walaupun dihidangkan situasi satu lawan satu dengan penjaga gawang Warsaw Cezary Miszta.



Pemain pertahanan tengah Jannik Vestergaard selepas itu meraih peluang baik menjaringkan gol penyamaan, tetapi tandukannya dari jarak lima meter berjaya ditepis keluar secara akrobatik oleh Miszta



Perlawanan kedua dalam kumpulan sama berakhir dengan kemenangan 3-2 bagi Spartak Moscow ke atas Napoli.



Perlawanan itu namun akan diingati kerana ia ditaburi kad kuning dan dua pemain diperintah keluar padang.



Satu lagi kelab EPL, West Ham, pula memenangi perlawanan mereka terhadap Rapid Vienna dalam Kumpulan H.



Declan Rice membuka tirai jaringan bagi pasukan bergelar The Hammers itu, sementara Said Benrahma menjamin kesemua tiga mata apabila beliau menjaringkan gol kedua pada masa kecederaan.



Kemenangan itu bermakna West Ham kini mendahului Kumpulan K dengan rekon kemenangan sempurna dalam dua perlawanan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >