Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kane kekal di Spurs

Aug 27, 2021 | 5:30 AM
HARRY KANE: Diturunkan dalam separuh masa kedua menentang Wolves Ahad lalu. - Foto REUTERS
HARRY KANE: Diturunkan dalam separuh masa kedua menentang Wolves Ahad lalu. - Foto REUTERS -

LONDON: Kapten England Harry Kane berkata beliau akan memberi tumpuan 100 peratus untuk membantu Tottenham Hotspur mencapai kejayaan musim ini.

Beliau berikan jaminan ini selepas mengumumkan akan kekal di kelab yang berpangkalan di London itu, mengakhiri spekulasi beliau sedang cuba memaksa Spurs menjualnya kepada Manchester City.

Kane, yang percaya beliau mempunyai persetujuan dengan pengerusi Spurs Daniel Levy untuk meninggalkan Spurs, telah berkata beliau akan memikirkan masa depannya selepas mewakili England di Kejohanan Eropah (Euro) 2020.

Namun, media di Britain melaporkan Levy enggan menyertai rundingan dengan City berhubung Kane, 28 tahun.

Kane tampil kali pertama dengan Spurs musim ini Ahad lalu, diturunkan dalam separuh masa kedua semasa Spurs menewaskan Wolves 1-0.

"Hebat sekali melihat penyokong Spurs memberi saya sokongan dalam perlawanan itu," kata Kane.

"Mereka juga telah mengucapkan saya kata-kata perangsang di media sosial," kata beliau lagi.

"Saya akan kekal di Tottenham Hotspur pada musim panas ini dan akan membantu pasukan mengecapi kejayaan."

Pengurus Spurs Nuno Espirito Santo berkata berita bahawa Kane akan kekal di kelab itu ng amat menggembirakannya.

"Itu semua sudah berakhir," ujar beliau apabila ditanya mengenai kontroversi percubaan Kane untuk berpindah ke City.

"Saya lihat Harry telah menunjukkan tekad dan daya usaha yang tinggi apabila kembali menyertai latihan dengan kami," kata Nuno, yang berkata beliau tidak bimbang meskipun Kane berkata beliau terikat dengan Spurs pada musim panas ini, yang membayangkan beliau mungkin ingin meninggalkan kelab pada musim pindahan pemain pada Januari nanti. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg