Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kane komited kepada Spurs, jaring dua gol di gelanggang Europa

Aug 28, 2021 | 5:30 AM
KANE: Membantu Spurs atasi Pacos de Ferreira 3-0, yang bermakna Spurs menerbalikkan kekalahan 0-1 dalam perlawanan pertama 'play-off' Liga Persidangan Europa. - Foto REUTERS
KANE: Membantu Spurs atasi Pacos de Ferreira 3-0, yang bermakna Spurs menerbalikkan kekalahan 0-1 dalam perlawanan pertama 'play-off' Liga Persidangan Europa. - Foto REUTERS -

LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur Nuno Espirito Santo berkata Harry Kane komited kepada kelab itu dan semua pihak harus berhenti membincangkan perkara yang tidak membina, selepas pemain itu menjaringkan dua gol dalam perlawanan Liga Persidangan Europa, semalam.

Kane, yang mengakhiri spekulasi berkenaan masa depannya di Spurs baru-baru ini, membantu kelab itu mengatasi Pacos de Ferreira 3-0, yang bermakna Spurs menerbalikkan kekalahan 0-1 dalam perlawanan pertama 'play-off' ini.

Selepas mewakili England di Kejohanan Eropah (Euro 20) pada musim panas lalu, Kane telah berkata beliau sedang menimbangkan semula masa depannya di Spurs, berlatar desas-desus beliau sedang dipikat Manchester City untuk menyertai kelab itu.

Namun, Nuno berkata perkara itu seharusnya dilupakan untuk membantu kelab itu menghala tumpuan ke masa depan.

"Harry tidak perlu membuktikan kepada sesiapa tentang apa sahaja," kata Nuno.

"Namun, kini beliau masih pemain kami dan kami harus memastikan kami dapat memanfaatkan keadaan ini."

Perlawanan dengan Pacos de Ferreira, sebuah kelab Portugal, adalah yang pertama musim ini di mana Kane memulakan permainan dari wisel mula.

Sebelum ini, Kane terlepas beraksi dalam perlawanan pembuka tirai musim Liga Perdana England (EPL) dengan City, dan hanya diturunkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan selanjutnya dengan Wolves. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg