Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kane tak bimbang reputasi tercalar

Sep 2, 2021 | 5:30 AM
TIDAK BIMBANG: Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane menegaskan "kesedarannya adalah jelas" selepas gagal memaksa perpindahan ke Manchester City. - Foto AFP
TIDAK BIMBANG: Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane menegaskan "kesedarannya adalah jelas" selepas gagal memaksa perpindahan ke Manchester City. - Foto AFP -

LONDON: Kapten England Harry kane berkata beliau tidak berasa bersalah selepas percubaannya untuk berpindah ke Manchester City gagal dan beliau terpaksa kekal di Tottenham Hotspur.

City dilaporkan cuba merampas pemain berusia 28 tahun itu dari Spurs, tetapi pengerusi Spurs Daniel Levy enggan melepaskan Kane, walaupun beliau mempunyai persetujuan lisan dengannya.

Kane, yang terikat dengan Spurs sehingga 2024, kini telah kembali menyarung jersi Spurs dan beliau berkata reputasinya tidak terjejas.

"Saya pernah berkata sebelum ini, penyokong berhak menyuarakan pendapat masing-masing.

"Jelas sekali, sebahagian daripada mereka tidak mendapat kisah penuh, tetapi dari sudut pandang saya, saya tidak berasa bersalah dan kini harus terus berusaha," kata Kane.

Buat masa ini, Kane telah menyertai pasukan England yang sedang membuat persiapan bagi tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia dengan Hungary, Andorra dan Poland.

"Saya memenuhi semua permintaan kelab dan kini saya sedang mewakili England," ujar Kane.

"Saya tahu semua orang ingin tahu tentang setiap perkara yang berlaku semasa musim panas lalu, tetapi kini saya memberi tumpuan kepada masa depan."

Kane, selepas mewakili England I Kejohanan Eropah (Euro) 2020, tidak menghadiri latihan Spurs atau bagi menjalani ujian Covid-19 di awal bulan lalu.

Menyusuli itu, beliau mengeluarkan kenyataan yang berkata beliau tidak pernah enggan berlatih dan kini telah kembali menyarung jersi Spurs, menjaringkan dua gol dalam perlawanan playoff kedua Liga Persidangan Europa.

Namun kenyataan itu juga mencetus kontroversi.

Kane berkata beliau akan bersama dengan Spurs pada musim panas ini, yang mencetus spekulasi baru beliau akan meninggalkan kelab itu pada Januari depan. - Agensi Berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg