Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

OLIMPIK

Kapal layar: Lo, Ng persiap peluang untuk layakkan diri ke Olimpik

Mar 30, 2021 | 05:30 AM



DALAM musim yang dirobek pandemik, pelayar nasional Ryan Lo dan peluncur angin atau windsurfer Amanda Ng akan bertanding di Kejohanan Terbuka Mussanah pada bulan ini dengan kesedaran ia adalah satu-satunya peluang mereka untuk melayakkan diri ke Olimpik.



Acara di Oman itu, yang juga acara kelayakan Olimpik bagi atlit benua ini telah ditangguh dua kali kerana Covid-19 sebelum ini.



Pada mulanya ia dijadual berlangsung di Abu Dhabi sejak Mac tahun lalu.



Namun, sebelum bercakap kepada The Straits Times baru-baru ini, kededua atlit berkata mereka tidak begitu bimbang tidak dapat ke Olimpik kerana yakin dengan keupayaan masing-masing.



Lo menduduki tangga ke-44 di dunia, peserta dari Asia yang tertinggi di ranking itu, sementara Ng, di kedudukan ke-67 dalam ranking berasingan, adalah yang terunggul dalam kalangan negara-negara di Asia yang belum lagi melayakkan diri.



Namun kededuanya tidak bersikap sambil lewa.



Lo, 24 tahun, yang berlumba dalam acara Laser, telah membuat keputusan untuk menyambung latihan di Sepanyol, di pulau bernama Lanzarote.



Beliau juga telah menghabiskan masa beberapa bulan yang lalu untuk berlatih di Eropah.



"Saya mempunyai rakan latihan yang baik dan juga menjalani latihan yang baik yang membantu saya mempertingkat teknik. Ini juga menambah keupayaan saya. Apa yang boleh kita lakukan adalah untuk terus mempertingkat diri,"ujar beliau.



Lo perlu menamatkan perlumbaan di Oman sekurang-kurangnya di posisi naib juara untuk melayakkan diri ke Olimpik.



Pesaing terdekatnya adalah Wu Jianan dan Zhao Ning dari China, serta Arthit Mikhail Romanyk, Keerati Bualang dan Chusit Punjamala dari Thailand.



Pelayar dari India juga handal.



"Sasaran utama saya adalah Olimpik... melayakkan diri bagi Olimpik sekadar proses mencapai sasaran ini," ujar Lo.



Sebaliknya, Ng, yang pernah mewakili Singapura di Olimpik Rio 2016, telah berlatih di Singapura selepas rancangannya ke luar negara terjejas akibat pandemik.



Menurut Ng, adalah sukar untuk beliau menilai perkembangan dirinya apabila kurang peluang berlatih dengan atlet terbaik sukan ini di luar negara, tetapi beliau telah berjaya menyesuaikan diri.



Beliau telah berlatih dengan beberapa atlet lebih muda untuk mengadakan keadaan perlumbaan dan juga mendapatkan khidmat pakar psikologi sukan untuk membantunya memberi tumpuan kepada sasarannya.



Di Oman, beliau perlu bersaing dengan tiga pelumba utama Ishwariya Ganesh dari India, Charizzanne Jewel Napa dari Filipina dan Amina Berrichi dari Algeria.



"Bagi saya, terutama dalam sukan ini, kita perlu pantas menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Jadual latihan yang terganggu hanya menjadikan saya seorang pelayar yang lebih baik," kata Ng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >