Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bola sepak: Kapten Hariss Harun disah positif Covid-19, diketepikan dari kem latihan Dubai

Nov 7, 2021 | 3:14 PM
4dc0f4fa-ab6e-4a89-99fa-ae175be7ac07
- FAS

PERSIAPAN pasukan bola sepak negara The Lions menghadapi Piala Suzuki AFF akan datang telah terjejas selepas kapten negara Hariss Harun disahkan positif Covid-19. Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan berita itu pada Ahad (7 Nov), sehari sebelum skuad itu dijadual terbang ke Dubai bagi satu kem latihan selama 10 hari. Dalam satu kenyataan media, FAS mengatakan Hariss telah diuji positif selepas menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR) awal minggu ini, dan sejak itu telah diasingkan. Keadaannya akan terus dipantau dengan dekat.

Walaupun pemain berusia 30 tahun itu telah menyertai latihan pusat dengan seluruh skuad sejak 25 Oktober lalu, FAS menyatakan semua pemain dan kakitangan lain telah menjalani ujian pantas antigen setiap hari, yang ternyata menghasilkan keputusan negatif. FAS menambah, ia akan terus mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan kesihatan dan keselamatan skuad diutamakan sedang mereka meneruskan persiapan untuk menghadapi Piala Suzuki yang dijadual berlangsung dari 5 Disember hingga 1 Januari, yang akan diadakan di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg