Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA

Kapten tenis meja gesa rakan usah terlalu bebankan diri sendiri

May 06, 2022 | 05:30 AM



KAPTEN pasukan tenis meja lelaki negara, Clarence Chew, menggesa rakan sepasukannya supaya tidak mengenakan tekanan yang keterlaluan ke atas diri masing-masing apabila beraksi di Sukan SEA Hanoi yang bermula minggu depan.



"Setiap Sukan SEA adalah permulaan yang baru," ujar Chew, yang memenangi pingat perak perseorangan lelaki di Filipina pada 2019.



Beliau tewas dalam final kepada rakan sepasukan Koen Pang.



"Nasihat saya kepada rakan sepasukan, terutama yang lebih muda, adalah supaya jangan memberikan tekanan yang keterlaluan ke atas diri sendiri... baik dari keputusan lalu atau dari segi jangkaan diri sendiri," ujar Chew, 26 tahun.



Menurutnya, jangkaan tidak boleh dielak dan beliau sendiri mempunyai sasaran peribadi.



Namun, beliau cuba tidak meletakkan terlalu banyak tekanan ke atas diri sendiri dalam usaha memenuhi jangkaan itu.



Chew, yang menduduki ranking ke-120 dunia, akan mengetuai pasukan lelaki yang dianggotai Pang, Ethan Poh, Josh Chua dan Lucas Tan.



Pasukan wanita pula dibentuk Goi Ruixuan, Wong Xinru, Zeng Jian dan Zhou Jingyi yang dipimpin oleh juara perseorangan wanita, Lin Ye.



Zeng, 25 tahun, dan Zhou, 16 tahun, adalah dua muka baru dalam skuad bagi Sukan SEA.



Menurut Chew, pengalamannya beraksi di Olimpik Tokyo diharap dapat membantu beliau dan rakan sepasukannya menangani tekanan.



Beliau disingkir di pusingan kedua di temasya Olimpik.



"Beraksi di Sukan Olimpik membolehkan kami menjadi lebih matang untuk menangani tekanan tinggi di arena sukan besar," kata Chew, bercakap kepada wartawan di sidang media yang dianjurkan oleh Persatuan Tenis Meja Singapura (STTA), kelmarin.



"Saya berharap saya dapat menggunakan pengalaman ini di Sukan SEA dan mulakan persaingan dengan mentaliti positif... menikmati setiap detik pengalaman itu dan melakukan yang terbaik dan melengkapkan kempen tanpa sebarang sesalan," ujar Chew lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >