Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK: ANUGERAH BALLON D’OR

10 Pemain Terbaik Pilihan BH

Nov 22, 2021 | 05:30 AM



Siapakah pemain bola sepak terunggul dunia? Perdebatan ini kembali sekali lagi dengan anugerah berprestij Ballon d’Or pemain lelaki bakal ditentukan pada 29 November ini. Sejak lebih sedekad lalu, Lionel Messi dan Christiano Ronaldo telah mendominasi arena bola sepak dunia dengan memenangi 11 daripada 12 anugerah tersebut, dengan hanya Luka Modric yang berjaya merangkul anugerah itu daripada dua pemain hebat ini pada 2018. Ketiga-tiga Messi, Ronaldo dan Modric sekali lagi dalam senarai pilihan calon Ballon d’Or 2021, namun mungkinkah ada pemenang baru? Disampaikan oleh penerbitan French Football, anugerah ini dianggap sebagai yang paling berprestij dalam dunia bola sepak. Dengan mengetepikan Messi dan Ronaldo, BERITA HARIAN (BH) meneliti 10 pemain pilihan kami yang berpotensi ditabal sebagai yang terbaik dunia.



KEVIN DE BRUYNE,

30 tahun ‘midfield’ Manchester City dan Belgium



Meskipun mengalami musim yang dirundung kecederaan, Kevin de Bruyne masih berjaya menjaringkan enam gol dalam Liga Perdana England bagi membantu Manchester City menjadi juara England.



MOHAMED SALAH,

29 tahun, penyerang Liverpool dan Mesir



Antara pemain yang cemerlang secara konsisten, Salah sekali lagi menyerlah musim ini. Musim lalu, beliau menjaringkan 31 gol dalam 51 perlawanan meskipun Liverpool gagal memenangi trofi.



ERLING BRAUT HAALAND,

21 tahun, penyerang Borussia Dortmund dan Norway



Erling Braut Haaland besar kemungkinan akan mendapati dirinya dalam senarai pemenang Balloon d’Or dalam tahun-tahun akan datang. Kemunculannya yang menakjubkan dalam bola sepak dunia telah melihat pemain muda ini menjaringkan 41 gol untuk Borussia Dortmund dalam 41 perlawanan musim lalu.



BRUNO FERNANDES,

27 tahun ‘midfield’ Manchester United dan Portugal



Bruno Fernandes merupakan pemain terbaik Manchester United musim lalu dengan 28 gol dalam 48 perlawanan. Beliau juga mencatatkan 12 ‘assist’.



GIORGIO CHIELLINI,

37 tahun bek tengah Juventus dan Italy



Giorgio Chiellini memimpin pasukan Italy selaku kapten untuk menewaskan England dalam final Euro 2020. Di peringkat kelab bagaimanapun, Chiellini melalui musim mengecewakan dan hanya membuat 17 penampilan untuk Juventus dalam Serie A.



JORGINHO,

29 tahun ‘midfield’ Chelsea dan Italy



Musim yang hampir sempurna bagi Jorginho musim lalu dengan kejayaan dalam Liga Juara-Juara Eropah dan kemudian memenangi Euro 2020 dengan Italy.



KARIM BENZEMA,

33 tahun, penyerang Real Madrid dan Perancis



Menikmati musim terbaiknya secara individu dengan menjaringkan 30 gol dalam 46 perlawanan bagi Real Madrid untuk mengakhiri musim La Liga sebagai penjaring kedua terbanyak selepas Lionel Messi.



KYLIAN MBAPPE,

22 tahun, penyerang Paris St Germain dan Perancis



Kylian Mbappe pasti akan memenangi Balloon d’Or, namun mungkin bukan tahun ini. Beliau memenangi anugerah penjaring terbanyak dalam Ligue 1 dengan 27 gol selain lapan gol dalam Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.



HARRY KANE,

28 tahun, penyerang Tottenham Hotspur dan England



Harry Kane merupakan kapten England dalam final Euro 2020, dan menjaringkan tiga gol. Dengan 23 gol untuk Tottenham Hotspur beliau memenangi anugerah But Emas ketiganya dalam Liga Perdana England, meskipun masih gagal memenangi trofi di peringkat kelab mahupun negara.



NEYMAR,

29 tahun penyerang Paris St Germain dan Brazil



Neymar muncul tempat ketiga dalam anugerah Ballon d’Or sebanyak dua kali, pada 2015 dan 2017. Meskipun mengalami masalah kecederaan, beliau tetap berjaya menjaringkan 17 gol untuk PSG musim lalu dan memenangi Piala Perancis, meskipun tewas dalam final Copa America semasa mewakili Brazil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >