Topik diikuti
Pergi ke BHkuKasut Emas Eropah milik penyerang Lazio Ciro Immobile
JARINGAN EMAS: Selain dinobat sebagai penjaring terbanyak Serie A musim ini dengan 36 gol, penyerang Lazio Ciro Immobile turut memenangi anugerah Kasut Emas Eropah, mengatasi penyerang Bayern Munich Robert Lewandowski, yang menjaringkan 34 gol dalam aksi Bundesliga. - EPA-EFE -
Aug 4, 2020 | 5:30 AM
MILAN: Penyerang Lazio Ciro Immobile menjaringkan gol ke-36 beliau musim ini sewaktu kalah 3-1 pada Napoli kelmarin, sekali gus menyamai rekod gol terbanyak dalam kempen Serie A.
Penyerang berusia 30 tahun Italy itu menemui sasaran pada minit ke-22 untuk menyamai rekod 36 gol penyerang Argentina Gonzalo Higuain ketika mewakili Napoli pada musim 2015-16.
