Katarina Johnson-Thompson pamer prestasi cemerlang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Katarina Johnson-Thompson pamer prestasi cemerlang

Jul 15, 2021 | 5:30 AM

Katarina Johnson-Thompson pamer prestasi cemerlang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
FOKUS: Atlet heptathlon Britain, Katarina Johnson-Thompson akan memberi tumpuan terhadap mencapai prestasi terbaiknya sebelum temasya Sukan Olimpik Tokyo. - Foto REUTERS
FOKUS: Atlet heptathlon Britain, Katarina Johnson-Thompson akan memberi tumpuan terhadap mencapai prestasi terbaiknya sebelum temasya Sukan Olimpik Tokyo. - Foto REUTERS -

LONDON: Atlet heptathlon Britain, Katarina Johnson-Thompson meneruskan prestasi cemerlangnya yang sebelum ini dihimpit kecederaan, dengan mencatat 6.10 meter dalam acara lompat jauh di kejohanan Grand Prix Britain di Gateshead.

Juara dunia berusia 28 tahun itu, yang sedang berusaha mengembalikan kecergasannya untuk Sukan Olimpik Tokyo, hanya mampu mengambil bahagian dalam acara lompat tinggi pada tahun ini disebabkan kecederaan tendon Achilles.

Keputusan acara lompat jauh yang dicatat Johnson-Thompson jauh daripada apa yang dicatatnya di Kejohanan Atletik Sedunia 2019 di Doha, iaitu 6.77m.

"Ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap minggu terdapat cabaran yang baru," katanya.

"Saya gembira kerana dapat melakukan lima lompatan baik dan tidak merasakan kesakitan. Ia menunjukkan bahawa tubuh saya masih lagi mampu bertahan.

"Saya bertambah baik setiap minggu. Setiap minggu saya dapat melihat perubahan, saya dapat melihat peningkatan. Saya hanya memerlukan latihan dari pertandingan."

Dengan temasya sukan Olimpik kian hampir, Johnson-Thompson mungkin tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk berada pada tahap terbaiknya selepas berehat untuk jangka masa yang panjang.

Selepas juara bertahan Olimpik Nafi Thiam mengatakan bahawa beliau berada pada prestasi yang baik dan mungkin sukar untuk menewaskannya, harapan Johnson-Thompson untuk mengulangi pencapaiannya di Doha kelihatan tipis.

Ditanya mengenai sasarannya untuk Olimpik Tokyo, Johnson-Thompson berkata: "Sasaran saya selalu sama.

"Sasaran saya adalah untuk sampai ke garisan permulaan dengan yakin dan sihat, dan saya hampir mencapai sasaran tersebut." - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg