Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA VIETNAM

Kayak, menembak dan lawan pedang tambah koleksi emas S'pura

May 19, 2022 | 07:34 AM



TUJUH tahun selepas mencipta sejarah sebagai pemenang pingat emas pertama Singapura dalam sukan kanu di Sukan SEA 2015 di laman sendiri, Lucas Teo mengulangi kejayaannya dengan menjuarai acara 1,000 meter kayak perseorangan (K1) lelaki di Hanoi semalam.



Teo, 31 tahun, menamatkan perlumbaan di depan enam pesaing dengan masa 3 minit 51.501 saat di Pusat Akuatik Thuy Nguyen Hai Phong. Atlet Indonesia Maizir Riyondra (3:56.446) menduduki tempat kedua, manakala Methasit Sitthipharat dari Thailand membawa pulang pingat gangsa (3:58.278).



Teo menang pingat perak dalam acara ini dan gangsa dalam acara berpasukan 1,000 meter (K4) lelaki di temasya 2011. Sukan ini tidak disertakan dalam temasya 2017 dan Teo tidak mengambil bahagian dalam edisi 2019.



Di temasya 2015, Singapura merangkul tujuh pingat emas dan lima perak daripada sukan ini.



Sementara itu, penembak Singapura mengakhiri kemarau pingat emas mereka semalam, setelah terlepas merangkul hadiah utama itu dalam edisi 2019 dan mengalami permulaan perlahan di Hanoi.



Dalam final pistol 25 meter wanita, Teh Xiu Hong menjuarai acara itu dengan meraih 34 mata. Rakan senegara Teo Shun Xie, 33 tahun, menamatkan pertandingan di tempat keempat daripada lapan peserta akhir.



Ini pingat emas sulung Teh selepas muncul naib juara dalam acara sama pada 2015 serta 2017 dan gelaran pertama Singapura dalam acara itu sejak kejuaraan Nicole Tan di temasya 2013.



Pada Sukan SEA 2019 di Filipina, Singapura membawa pulang satu perak dan empat gangsa dariapda sukan menembak, tetapi gagal memenangi pingat emas menembak buat kali pertama sejak 1991.



Kemenangan emas Teh adalah pingat keempat - satu emas, dua perak dan satu gangsa - kontinjen menembak Singapura di Hanoi.



Dalam lawan pedang pula, Singapura merangkul kejuaraan ketiga berturut-turut dalam acara berpasukan foil lelaki dan pingat perak bersejarah dalam acara berpasukan sabre wanita semalam.



Pungutan pingat itu menyempurnakan persembahan terbaik negara ini dalam Sukan SEA dengan enam emas, empat perak dan lima gangsa. Ia mengatasi kutipan empat emas, tiga perak dan enam gangsa di temasya di Filipina pada 2019.



Di Gimnasium Sukan Tertutup My Dinh semalam, pasukan 'foil' lelaki, yang dibentuk oleh Jonathan Au Eong, Joel Chiu, Kieren Lock dan Matthew Lim, menumpaskan Malaysia 45-28 untuk mempertahankan gelaran mereka.



Pasukan 'sabre' wanita awal sebelum itu terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas jatuh di tangan pasukan tuan rumah Vietnam 39-45 dalam final.



Pingat emas lain Singapura dihasilkan menerusi acara epee individu wanita (Elle Koh), foil individu lelaki (Au Eong), berpasukan epee dan foil wanita, dan berpasukan epee lelaki.




Dapatkan liputan perkembangan terbaru Sukan SEA Vietnam di BH.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >