Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ke mana Bale seterusnya?

Jun 12, 2022 | 08:20 AM



SELEPAS membantu membimbing Wales ke Piala Dunia pertama mereka dalam 64 tahun, Gareth Bale bergurau bahawa beliau akan menangguhkan persaraannya "sedikit sahaja".



Sebelum kemenangan 1-0 ke atas Ukraine pada perlawanan akhir play-off Piala Dunia, beberapa laporan membayang Bale mungkin bersara jika Wales gagal layak ke kejohanan di Qatar itu.



Bale menganggap kelayakan Wales ke Piala Dunia pertama mereka sejak 1958 sebagai keputusan terhebat dalam sejarah mereka.



"Keputusan ini adalah keputusan paling hebat dalam sejarah bola sepak Wales. Inilah yang membentuk impian.



"Saya kelu kerana kami amat gembira. Kami melakukannya bagi penyokong hebat kami di negara ini. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini," kata Bale.



Dengan peluang mengetuai pasukan kebangsaannya pada Piala Dunia, persaraan bukan isu penting buatnya.



Namun, selepas memenangi lima Liga Juara-Juara dan tiga La Liga bersama Real Madrid, di manakah beliau akan beraksi di peringkat kelab musim depan?



Terdapat banyak spekulasi mengenai Bale bermain untuk kelab asal kota kelahirannya, Cardiff City, tetapi ini datang dengan pelbagai cabaran.



Lupakan implikasi kewangan, apakah risiko Bale beraksi di Liga Championship? Ia adalah liga yang mencabar, dan mungkin liga paling mencabar di dunia.



Apakah Bale memerlukan risiko seperti itu apabila matlamat utamanya ialah mengetuai Wales pada perlawanan pembukaan Piala Dunia pada November menentang Amerika Syarikat?



Pilihan lain untuk diterokai ialah bermain di luar Eropah, dan Major League Soccer (MLS) di Amerika berpotensi menjadi pilihan.



Beberapa kelab di MLS terletak secara geografi di tempat iklim cerah dan hangat, dan ia bukanlah tempat buruk untuk bermain bola sepak dan memastikan diri cergas menjelang Piala Dunia.



Bale juga boleh kembali ke Liga Perdana England (EPL).



Beliau menghabiskan enam tahun di Tottenham sebelum perpindahan rekod dunianya ke Real Madrid pada 2013, menjaringkan 42 gol Liga Perdana dalam 146 penampilan antara 2007 dan 2013.



Tempoh pinjaman yang tidak konsisten di Spurs pada musim Liga Perdana 2020/21 menyaksikan Bale menjaringkan 11 gol dalam 20 penampilan, membuktikan keupayaan pemain berusia 32 tahun itu untuk menjaringkan gol masih tajam.



Sebilangan kelab tidak akan menolak khidmat pemain yang mempunyai kemampuan sepertinya.



Namun, kesesuaian perlu mengikut keperluan Bale. Beliau sudah menang semuanya di Madrid namun legasinya pastinya berbeza dengan status yang dirasainya di Cardiff.



Bale hidup dalam dunia berbeza, beliau diejek oleh media Sepanyol dan penyokong kelab tetapi menjadi idola dan disayangi di Wales.



Bekas pemain nasional Wales John Hartson berkata Bale akan "mendapat banyak tawaran" selepas ini.



"Ada desas-desus bahawa beliau mungkin bermain untuk kelab kampung halamannya Cardiff City dalam Liga Championship.



"Saya membayangkan itu mungkin mempengaruhinya kerana cintanya kepada Wales - kampung halamannya.



"Beliau akan mempunyai banyak pilihan. Beliau masih boleh bermain di peringkat tertinggi," ujar Hartson. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >