MANCHESTER: Keadaan di Manchester United semakin mencabar apabila mereka tewas 0-3 di tempat sendiri kepada Bournemouth, dua musim berturut-turut.
Keputusan itu bermakna United akan menyambut Krismas di kedudukan ke-13 dalam Liga Perdana England (EPL).
Ia adalah kali pertama mereka berada di kedudukan tersebut pada peringkat ini sejak EPL diadakan.
Di samping itu, penyokong United – yang mengejek pasukan Ruben Amorim pada wisel penamat – kecewa dengan kenaikan harga tiket kepada £66 ($112.50) tanpa konsesi.
Penyokong United kini akan bergabung ketika saingan sengit menentang Liverpool di Stadium Anfield pada 5 Januari.
Amorim perlu mencari jawapan berhubung prestasi United setakat ini.
“Pada masa ini, semuanya sangat sukar,” kata Amorim.
“Di kelab seperti Manchester United, tewas 0-3 di tempat sendiri amat sukar bagi semua orang.
“Sudah tentu peminat kecewa dan letih. Anda boleh merasakannya di stadium pada permulaan permainan.
“Saya faham itu, tetapi kita perlu menghadapinya.”
Sekiranya terdapat perbezaan ketara yang diperkenalkan oleh pengurus asal dari Portugal itu dalam masa yang singkat sejak menggantikan Erik ten Hag, ia merupakan United kini lebih banyak kawal perlawanan.
United mempunyai lebih banyak percubaan dan menepati sasaran berbanding Bournemouth.
Buat kali kedua dalam sejarah mereka – satu lagi menentang Burnley pada 1960-an – United tewas kepada lawan yang sama dua kali berturut-turut di tempat sendiri dengan tiga gol.
Ini tidak akan terjadi jika mereka mampu bertahan dan tidak dibolosi di set-piece, sesuatu yang dimanfaatkan Arsenal dan Nottingham Forest sebelum ini.
Ketika menentang Tottenham pada 20 Disember, Son Heung-min menjaringkan gol terus dari sepakan sudut.
Bournemouth turut berjaya melakukannya pada separuh masa pertama, walaupun pengurus, Andoni Iraola, mengakui selepas itu mereka “tidak mempunyai pasukan yang tinggi”.
Walau demikian, apabila Ryan Christie melambungkan bola melalui sepakan percuma dari kanan, pemain pertahanan remaja, Dean Huijsen, dengan mudah melepasi penjagaan Joshua Zirkzee dan menanduk masuk ke sudut jauh gawang.
Pada saingan EPL pada 2024, United telah dibolosi 17 kali melalui set-piece – gol terbanyak dalam satu tahun kalendar pertandingan itu.
Persoalan kini timbul, apakah sebenarnya yang dilakukan oleh jurulatih Carlos Fernandes, yang mengikuti Amorim dari Sporting?
Amorim tidak menyalahkan beliau dan berkata:
“Tanggungjawab terletak pada saya, bukan Carlos.
“Kami adalah satu pasukan ketika masa baik dan buruk. Kami mempunyai cara untuk melakukan sesuatu. Kami sedang berusaha untuk itu dan kami akan memperbaikinya.
“Tetapi kami tidak tewas kerana set-piece. Kami tewas kerana kami mencipta lebih banyak peluang dan tidak menjaringkan gol.”
Bercakap kepada Match of the Day, Martinez berkongsi bahawa mereka geram dengan situasi seperti itu.
“Terutama sekali, kami perlu bekerja pada set-piece.
“Saya percaya pada pasukan dan kakitangan ini. Jika mereka (Bournemouth) tidak menjaringkan gol pertama mereka daripada set-piece, maka ia adalah perlawanan yang berbeza,” kata pemain pertahanan dari Argentina itu.
Penyerang Bournemouth, Justin Kluivert menjaringkan gol kedua mereka melalui sepakan penalti selepas beliau dijatuhkan bek kanan United, Noussair Mazraoui.
Pemain sayap, Antoine Semenyo, kemudian menyempurnakan kemenangan Bournemouth melalui rembatan jarak dekat menewaskan Onana.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg