Topik diikuti
Pergi ke BHkuKebangkitan Barca terhebat dalam sejarah kejohanan
Premium
Kebangkitan Barca terhebat dalam sejarah kejohanan
Mar 10, 2017 | 5:30 AM
Kebangkitan Barca terhebat dalam sejarah kejohanan
RAIKAN 'KEAJAIBAN': Pemain Barcelona meraikan kejayaan luar biasa untuk melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara, dinihari semalam. - Foto AFP -
BARCELONA (Sepanyol): Superstar Brazil, Neymar, menyifatkan sumbangan dua golnya sebagai "perlawanan terbaik sepanjang kerjayanya" selepas memainkan peranan besar bagi membantu Barcelona mencatatkan kebangkitan terhebat dalam sejarah Liga Juara-Juara.
Kelab La Liga itu melangkah ke suku akhir dengan bergaya selepas membelasah Paris Saint-Germain (PSG) 6-1 di Camp Nou dinihari semalam bagi menebus kekalahan 0-4 dalam pertemuan pertama di Paris bulan lalu.
