Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Kecederaan hantui pemain Liga Perdana England

Nov 17, 2020 | 05:30 AM



ENGLAND: Pemain Liga Perdana tampak mengalami kecederaan pada kadar yang lebih pantas musim ini dan ini membimbangkan ramai pengurus.



Apakah punca di sebalik jumlah meningkat kecederaan ini? Kelab mana yang sememangnya terjejas? Dan apa yang pengurus mahukan untuk mengatasi isu ini?



MENGAPAKAH TERDAPAT LEBIH BANYAK KECEDERAAN MUSIM INI?



Menurut Kecederaan Liga Perdana, yang mengumpul data bagi kecederaan yang dialami dalam bola sepak tahap tinggi, terdapat keseluruhan 103 kecederaan otot sepanjang lapan hari perlawanan pertama Liga Perdana musim ini, iaitu kenaikan 16 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.



Kekurangan persediaan biasa pramusim tahun ini dan jadual perlawanan yang padat adalah dua faktor yang menyebabkan kenaikan kecederaan, kata bekas pakar fisioterapi pasukan Arsenal dan England Gary Lewin.



Bercakap kepada BBC Radio 5 Live: "Sekiranya anda tidak pulih secara penuh daripada perlawanan sebelumnya, keletihan akan timbul dan kecederaan otot akan naik, sebab sekiranya anda mempunyai otot yang penat dan anda sekali lagi membebankannya, mereka akan koyak."



Terdapat tujuh minggu rehat antara akhir liga Perdana Liga 2019-20 dengan permulaan kempen 2020-21, berbanding 12 minggu yang asalnya dijadualkan, akibat pandemik koronavirus.



Kelab-kelab terlibat dalam pertandingan Eropah perlu beraksi semasa tempoh itu sementara juga dalam perlawanan antarabangsa.



Tiada rehat musim sejuk tahun ini dan kempen akan menjadi lima minggu lebih pendek berbanding musim biasa kerana tamat musim 2019-20 yang tertangguh dan Kejohanan Eropah yang dijadual semula bermula 11 Jun.



Ini bermakna lebih banyak perlawanan pertengahan minggu diadakan tahun ini dan perlawanan hujung minggu dijadualkan sepanjang Jumaat hingga Isnin disebabkan pemilihan penyiaran.



SIAPA PEMAIN UTAMA YANG CEDERA?



Liverpool: Pemain pertahanan Virgil van Dijk dan Joe Gomez yang dijangka terlepas beraksi sebahagian besar musim ini selepas kededuanya menjalani pembedahan bagi kecederaan lutut.



Trent Alexander-Arnold tidak akan terlibat dalam perlawanan akan datang England akibat kecederaan betis sementara juara bertahan itu juga akan tanpa Fabinho disebabkan masalah hamstring.



Manchester City: Penyerang Sergio Aguero akan membuat kemunculan kembali daripada kecederaan otot kaki sementara pemain pertahanan Nathan Ake mengalami kecederaan hamstring lima minit pertama perlawanan persahabatan Belanda yang seri 1-1 dengan Sepanyol Rabu lalu.



Manchester United: Pemain pertahanan Luke Shaw akan terlepas beraksi selama sebulan akibat kecederaan hamstring.



Arsenal: Pemain midfield pertahanan Thomas Partey yang mengalami kecederaan peha akan terlepas beraksi dalam perlawanan antarabangsa akan datang Ghana.



Chelsea: Penyerang Christian Pulisic hanya mula dua perlawanan Liga Perdana musim ini dan tidak menyertai skuad Amerika Syarikat untuk terus pulih daripada kecederaan hamstringnya.



Southampton: Penyerang Danny Ings, yang menjaringkan lima gol daripada tujuh perlawanan setakat ini, tidak akan beraksi selama sehingga enam minggu kerana kecederaan lutut.



Leicester: Kini tanpa pemain pertahanan Caglar Soyuncu dan Ricardo dan pemain midfield Wilfred Ndidi dan Daniel Amartey.



APA KATA PENGURUS?



Bos Liverpool Jurgen Klopp dan rakan sejawat dari Manchester City Pep Guardiola kededuanya berkata Liga Perdana perlu mengubah jadual perlawanan mereka.



Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer pula bengang pasukannya dijadual menentang Everton pada awal petang hari Sabtu selepas pulang daripada perlawanan Liga Juara-Juara di Turki pada pagi Khamis.



Klopp dan Guardiola meminta peraturan lima pemain gantian dikembalikan semula untuk menghindar kecederaan, dengan Solskjaer dan bos Chelsea Frank Lampard turut menyokong gesaan itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >