Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: PREVIU SPURS LWN ARSENAL

Kecewa Piala FA perlu ditebus dalam derbi London

Jan 16, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Kededua pasukan telah bangkit selepas mengharungi permulaan musim yang mengecewakan tetapi kelemahan Tottenham Hotspurs dan Arsenal terdedah dalam Piala FA minggu lalu dan pengurusnya perlu pantas bertindak bagi memperkuat pasukan mereka.



Mikel Arteta terpaksa memohon maaf kepada penyokong setia Arsenal selepas pasukannya tewas 0-1 di tangan kelab divisyen Championship Nottingham Forest dan tersingkir dari Piala FA awal minggu lalu.



Mungkin, kejadian pasukan lebih kerdil menewaskan pasukan lebih besar suatu yang dijangka di pusingan awal Piala FA tetapi cara Arsenal tewas amat menghampakan.



Walau dianggap lebih handal, Arsenal, yang kini menduduki tangga keempat dalam Liga Perdana England (EPL), gagal membuat sebarang percubaan gol yang menemui sasaran.



Malah, di akhir perlawanan itu, Arteta menuduh pemainnya kurang semangat untuk menang dalam perlawanan itu. Beliau berkata:



"Kami perlu menunjukkan lebih semangat (untuk menang) dan kami perlu menunjukkan sifat ini dengan cara lebih kerap.



"Saya amat kecewa dengan persembahan kami... saya kecewa dengan semangat yang kami tunjukkan untuk mengatasi lawan. Kini, kami perlu menganalisis mengapa ia berlaku."



Menambah, Arteta berkata sejarah Piala FA sebati dengan sejarah Arsenal dan kegagalan Arsenal mengekalkan kedudukan dalam pertandingan itu di peringkat awal adalah satu perkara yang amat melukakan.



"Namun kami hanya dapat menyalahkan diri sendiri kerana mengalami tamparan sebegini," ujar beliau.



Analisis perlawanan ini pastinya memberi perhatian kepada keputusan Arteta menurunkan pemain akademi yang lebih muda, meskipun kesebelasan utama yang dipilih masih merupakan pemain yang mewakili negara masing-masing di peringkat nasional.



Namun, Forest begitu handal, terutama pada separuh masa pertama, sehingga memaksa Arteta membawa keluar pemain muda dari Portugal Nuno Tavares, 21 tahun dengan perlawanan berusia 30 minit.



Ditanya wartawan mengenai langkah itu, Arteta berkata beliau tidak mahu mengulas mengenai persembahan sebarang pemain dan hanya bertindak untuk membantu pasukannya menang.



Semasa bertemu Spurs nanti, antara tugas paling genting yang dihadapi Arteta adalah untuk menyemarakkan semula semangat pasukannya ini.



Ini juga selepas beliau terpaksa menggugurkan penyerang azimat Pierre-Emerick Aubameyang sebagai kapten kerana masalah disiplin pada tahun lalu, dengan beberapa pemerhati bola sepak berkata masanya dengan Arsenal telah berakhir.



CABARAN CONTE



Masalah yang membelenggu Antonio Conte di kelab jiran adalah serupa.



Conte tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas Spurs terkial-kial menewaskan Morecambe 3-1 dalam pusingan awal Piala FA awal minggu lalu.



Malah, sebahagian penyokong Spurs mencemuh Tanguy Ndombele - pemain yang dibeli dengan harga rekod - semasa beliau dikeluarkan dari padang oleh Conte.



Akhirnya, kemenangan rutin yang sudah dijangka tercapai, selepas Lucas Moura dan Harry Kane diturunkan di pertengahan separuh masa kedua, dengan Morecambe mendahului perlawanan 1-0.



Mengulas mengenai persembahan pasukannya, Conte berkata pasukannya terkial-kial untuk bersaing dengan lawan dalam perlawanan itu dan untuk mencipta peluang gol.



"Kami kurang kreatif dan kurang idea untuk menjaringkan gol. Malah, selepas kami mencipta peluang gol, kami gagal pula menyempurnakan peluang gol itu.



Conte juga cuba menenangkan keadaan selepas Ndombele dicemuh penyokong sendiri apabila beliau dikeluarkan dari padang.



Conte telah menggantikan beliau dengan Oliver Skipp, dan cara Ndombele yang berjalan perlahan untuk keluar padang membuat sebahagian penyokong Spurs hilang sabar.



Pada masa itu, sedang ketinggalan 1-0.



Namun, Conte berkata perkara tersebut adalah satu kebiasaan dalam bola sepak.



"Ini adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam bola sepak," kata Conte.



"Sebagai pemain, anda harus bermain dengan lebih baik untuk mengubah pendapat orang. Dahulu, semasa saya masih menjadi pemain, perkara yang sama juga berlaku ke atas diri saya, apabila ada orang yang kurang berpuas hati dengan permainan saya.



"Inilah lumrah kehidupan sebagai pemain bola sepak, dan kita semua harus menyesuaikan diri dan cuba bermain dengan lebih baik sebagai respons terbaik. Itu saja," ujar Conte.



MALAM PENUH DEBARAN



Pertembungan antara Spurs dengan Arsenal malam nanti menjanjikan perlawanan derbi yang penuh tekanan.



Kededua Arteta dan Conte tidak mampu tewas - bagi menyakinkan penyokong bahawa mereka mampu beraksi dengan lebih baik dan juga untuk memperkukuh kedudukan dalam liga.



Namun, realitinya, pasukan yang boleh diturunkan oleh Arsenal dan Spurs malam ini tidak lagi digeruni lawan, seperti beberapa musim lalu dan adalah satu perkara yang mengecewakan, mereka kini hanya bersaing untuk merebut tempat bagi tempat di Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan, dan tidak lagi bagi kejuaraan, dengan tujuh mata memisahkan Liverpool di tangga ketiga dengan Arsenal di tangga keempat.



Arsenal dengan 35 mata berada 18 mata di belakang pendahulu liga Manchester City. Spurs pula, dengan 33 mata, berada 20 mata di belakang City. - Agensi berita.




AWAS PEMAIN BAHAYA!



HARRY KANE, 28 tahun, Tottenham Hotspur



SELEPAS mengharungi permulaan musim yang tidak menentu, Harry Kane telah mula menunjukkan 'form' yang menjadikannya antara penyerang yang paling digeruni di Eropah dan kini dianggap semula sebagai sumber gol yang boleh diharap.



Malah, keupayaan Kane untuk menjaringkan gol walaupun pasukannya terkial-kial untuk bermain dengan baik adalah satu faktor mengapa Spurs boleh mencatat kejutan dan mengalahkan pasukan yang berada di kedudukan lebih tinggi di liga.




AWAS PEMAIN BAHAYA!



BUKAYO SAKA, 20 tahun, Arsenal



SATU tanda seorang pemain mempunyai potensi bagi masa depan adalah bilangan kelab yang dikaitkan dengannya dan Saka kini dikaitkan dengan beberapa kelab di dalam dan luar negeri, termasuk Liverpool, Manchester City dan Paris Saint Germain.



Pemain muda ini telah menunjukkan bakat cemerlang dalam liga dan juga di peringkat antarabangsa, menjaringkan enam gol dan mencipta empat gol bagi Arsenal pada musim ini.



Beliau juga adalah pemain terbaik Arsenal pada musim lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >