Kededua skuad lelaki dan wanita kini di landasan ke final
Premium
Kededua skuad lelaki dan wanita kini di landasan ke final
Aug 20, 2017 | 5:30 AM
MATA UNTUK NEGARA: Pemain Singapura, Teng Chong Yau, melakukan trai semasa membantu skuad tujuh sepasuk ragbi negara menewaskan Thailand 21-19 semalam. - Foto SPORTSG -
DARI KUALA LUMPUR: KEDEDUA pasukan lelaki dan wanita ragbi tujuh sepasuk negara menghadapi permulaan yang bercampur-campur untuk kempen Sukan SEA 2017 mereka di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam.
Pada hari pertama pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu, menyaksikan pasukan wanita negara menentang Malaysia di sebelah pagi sebelum bertemu juara bertahan Thailand untuk perlawanan kedua dan akhirnya Filipina.

