Peluang dua pasukan Asia, Korea Selatan dan Iran untuk melangkah ke pusingan seterusnya masih samar.
Setelah tamat 16 perlawanan pertama, masing-masing hanya mampu mengutip 1 mata sahaja.
Iran gagal mencatat kemenangan dan hanya mencapai keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Nigeria di Stadium Arena da Baixada, awal pagi semalam.
Dalam pada itu, perlawanan antara Korea Selatan dan Russia yang berakhir tadi berkesudahan 1-1.
Korea Selatan membuat kejutan apabila mendahului pada minit ke-68 hasil jaringan Lee Keun-ho yang gagal ditangkap kemas penjaga gol, Igor Akinfeev.
Namun, selang enam minit kemudian usaha gigih pemain Russia berbalas apabila Alexander Kerzhakov menolak masuk gol penyamaan hasil satu bergelutan depan gol Korea Selatan.
Ikuti sedutan tiga perlawanan yang berlangsung antara tengah malam tadi hingga awal pagi ini.
Brazil lawan Mexico (0-0)
Belgium tewaskan Algeria (2-1)
Korea Selatan lawan Russia (1-1)