Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kedudukan Solskjaer jadi perhatian jelang kunjungan Manchester City

Dec 12, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Penyingkiran awal Manchester United dalam saingan Liga Juara-Juara bermakna kedudukan Ole Gunnar Solskjaer sekali lagi menjadi tanda tanya menjelang kunjungan Manchester City ke Old Trafford awal pagi esok, di mana kedua-dua pasukan enggan mengakhiri perlawanan dengan kekalahan.



Pertembungan tetangga Manchester menjadi antara perlawanan Liga Perdana England (EPL) yang mendapat perhatian hujung minggu ini selain kunjungan pendahulu liga Tottenham Hotspurs ke Crystal Palace dan pertembungan juara bertahan, Liverpool di Fulham.



Kedua-dua kelab Manchester tampak makin pulih daripada permulaan yang kurang mantap pada kempen musim ini walaupun hanya berehat selama dua minggu pada pramusim menyusuli komitmen pada saingan Eropah Ogos lalu.



Skuad kendalian Solskjaer meneruskan rentak kemenangan dalam empat perlawanan liga mampu meneruskan pemburuan gelaran kejuaraan liga pertama sejak persaraan Alex Ferguson pada 2013 yang kemudian melihat prestasi pasukan itu tidak menentu.



Namun di sebalik kemenangan yang tidak begitu meyakinkan, di tambah dengan aksi lesu di bahagian pertahanan yang menyebabkan kekalahan 2-3 di tangan RB Leipzig minggu lalu, tekanan sekali lagi akan dirasai jurulatih dari Norway itu.



Kekalahan keempat dalam enam saingan EPL di Old Trafford musim ini mungkin akan menyaksikan United menamatkan minggu ini dengan ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu, walaupun masih memiliki satu perlawanan yang belum dimainkan.



City hanya berada satu mata di belakang United di kedudukan ketujuh, namun skuad Pep Guardiola bagaikan sudah menemukan rentak permainan mereka selepas dua kemenangan berturut-turut buat pertama kali musim ini.



Berbeza dengan United dalam Liga Juara-Juara, City mudah mara ke pusingan 16 pasukan terakhir dengan berbaki dua perlawanan.



Ini sekali gus membolehkan Guardiola merehatkan beberapa pemain utama seperti Kevin De Bruyne dan Gabriel Jesus untuk pertembungan minggu ini.



"Apabila anda menang, ia adalah lebih mudah untuk beraksi pada perlawanan berikutnya, sehingga ia menjadi mudah untuk menang lagi dan lagi," kata Bernardo Silva selepas kemenangan 3-0 ke atas Marseille baru-baru ini.



"Kami mahu meneruskan rentak mengharungi perlawanan sukar berdepan United dan kami mahu terus mencatat kemenangan." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >