Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Keganasan penonton: England dihukum main dua perlawanan tanpa penonton

Oct 20, 2021 | 05:30 AM



LONDON: England diperintah menjalankan dua perlawanan seterusnya sebagai tuan rumah dalam pertandingan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) tanpa penyokong.



Ia sebagai hukuman bagi gangguan semasa perlawanan akhir Euro 2020 antaranya dengan Italy di Stadium Wembley Julai lalu, kata Uefa dalam satu kenyataan kelmarin. Namun, hukuman pengharaman penonton semasa perlawanan kedua digantung selama satu tempoh probesen dua tahun.



Selain itu, Persatuan Bola Sepak (FA) England didenda £84,560 ($156,000) kerana gagal mengawal ketenteraman dan disiplin di dalam stadium dan di sekitarnnya bagi perlawanan final itu.



"Meskipun kami kecewa akan keputusan itu, kami tahu ia adalah keputusan yang telah dimuktamadkan oleh Uefa," ujar FA.



Hukuman itu adalah yang pertama yang menyebabkan FA terpaksa mengadakan perlawanan tanpa penonton.



Dalam insiden pada 11 Julai itu, penyokong bertempur dengan pengawal stadium dan polis apabila mereka cuba memasuki Wembley bagi menyaksikan perlawanan tersebut.



England tewas kepada Italy menerusi tendangan penalti dalam perlawanan itu.



Ratusan peminat bola sepak tanpa tiket memasuki Wembley selepas beberapa bahagian stadium sesak beberapa jam sebelum perlawanan bermula. Ramai daripada mereka duduk di kawasan yang diperuntuk bagi keluarga pemain.



Pemain pertahanan England Harry Maguire berkata bapanya mengalami kecederaan rusuk sebelum perlawanan bermula. Maguire, pemain Manchester United, berkata bapanya dipijak orang selepas terjatuh dan mengalami kesukaran bernafas.



Polis Metropolitan berkata ia menangkap 51 orang berkaitan insiden itu, termasuk lebih separuh di Wembley.



"Kami mengutuk keras perbuatan individu yang menyebabkan insiden memalukan di dalam stadium dan di sekitar stadium pada hari final Euro 2020 dan menyesali perbuatan sebahagian mereka yang memasuki stadium," kata FA.



Difahami bahawa hukuman Uefa itu akan dilaksana semasa England beraksi dalam Liga Negara-Negara Eropah di Wembley Jun depan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >