Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kehadiran Taylor Swift semarak kemenangan Kansas City Chiefs

Feb 13, 2024 | 3:27 PM
Penyanyi pop terkenal, Taylor Swift menghadiri perlawanan Super Bowl untuk menyokong teman lelakinya, Travis Kelce. Penglibatan Swift dalam acara itu telah mendatangkan lebih perhatian dan pendapatan untuk National Football League (NFL) secara keseluruhan.
Penyanyi pop terkenal, Taylor Swift menghadiri perlawanan Super Bowl untuk menyokong teman lelakinya, Travis Kelce. Penglibatan Swift dalam acara itu telah mendatangkan lebih perhatian dan pendapatan untuk National Football League (NFL) secara keseluruhan. - Foto REUTERS

LAS VEGAS: Bintang pop Taylor Swift menyaksikan teman lelakinya, pemain Kansas City Chiefs, Travis Kelce, membantu pasukannya mengatasi San Franciso 49ers 25-22 dalam masa tambahan untuk meraih piala Super Bowl pada 11 Februari.

Ini merupakan kemenangan Kansas City Chiefs yang kedua berturut-berturut bagi kejuaraan Super Bowl dan kemenangan ketiga dalam lima tahun bagi pasukan itu.

Swift dan kumpulan penyokong setianya yang dikenali sebagai ‘Swifties’, menarik lebih perhatian kepada National Football League (NFL) Amerika Syarikat, dan kisah cinta antara Swift dengan Kelce menandakan gabungan antara dua kuasa terkuat budaya pop Amerika.

Menurut kajian yang dilakukan Apex Marketing Group, ekoran jualan jersi melonjak serta jumlah penonton meningkat, hubungan Swift dengan Kelce telah mendatangkan penjualan tambahan jutaan dolar kepada Kansas City Chiefs dan NFL.

“Hubungan Taylor Swift dengan Travis Kelce dan kehadiran beliau di perlawanan Kansas City Chiefs telah menjana nilai jenama sebanyak AS$331.5 juta ($446 juta) untuk Kansas City Chiefs dan NFL,” kata Presiden Apex, Eric Smallwood.

Ramai penyokong di Las Vegas mengharapkan Swift menghadiri acara itu.

“Lebih ramai wanita perlu menonton NFL. Kami perlu lebih melibatkan diri dalam sukan,” kata penyokong NFL berusia 61 tahun dari Kentucky, Cik Donna Collier. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg