Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

'Kehebatan Ridhwan serta arena tinju pro yang lebih rancak boleh beri impak positif bagi tinju amatur S'pura'

Nov 18, 2018 | 5:30 AM
TURUT RAIHKAN KEJAYAAN: Syed Kadir (paling kanan) turut meraikan kejayaan Ridhwan (tengah) semasa memenangi kejuaraan Antarabangsa kelas 'super feather' IBO yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec pada Oktober tahun lalu. Bersama dalam gambar ialah pengasas Ringstar, Scott O'Farrell (dua dari kiri), yang merupakan penganjur acara tinju bertaraf dunia itu. - Foto fail
TURUT RAIHKAN KEJAYAAN: Syed Kadir (paling kanan) turut meraikan kejayaan Ridhwan (tengah) semasa memenangi kejuaraan Antarabangsa kelas 'super feather' IBO yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec pada Oktober tahun lalu. Bersama dalam gambar ialah pengasas Ringstar, Scott O'Farrell (dua dari kiri), yang merupakan penganjur acara tinju bertaraf dunia itu. - Foto fail -

PENCAPAIAN hebat jaguh tinju Muhamad Ridhwan Ahmad, serta arena tinju profesional yang lebih rancak dengan kehadiran syarikat seperti Ringstar yang menganjurkan beberapa acara bertaraf dunia adalah sesuatu yang positif bagi pembangunan sukan ini di sini.

Ia turut dialukan-alukan oleh presiden Persatuan Tinju Amatur Singapura (Saba) yang juga legenda tinju negara, Syed Abdul Kadir Syed Abu Bakar.

Ini kerana menurut Syed Kadir, keterujaan serta keseronokan yang dicetuskan di kalangan peminat sukan itu akan "turut meninggalkan impak positif ke atas tinju amatur".

"Lebih ramai anak muda akan mahu menjadi seperti Ridhwan dan ini sesuatu yang baik bagi sukan ini," ujar Syed Kadir, 70 tahun, dalam satu temubual baru-baru ini.

"Mereka akan mendapat inspirasi daripada petinju profesional handalan yang dibawa masuk Ringstar yang bertarung di hadapan mata sendiri.

"Ini akan mendorong lebih ramai mahu belajar bertinju dan langkah pertama ialah dengan mengikuti latihan asas tinju. Ini secara tidak langsung juga akan membantu menambah jumlah petinju amatur yang ada bagi diserapkan ke skuad nasional," tambah Syed Kader, yang merupakan jurulatih pertama yang membimbing dan mengasah bakat Ridhwan apabila jaguh muda itu mula aktif dalam arena amatur sukan ini pada usia belasan tahun.

Sekalipun tewas dalam pertarungan terakhirnya merebut kejuaraan dunia kelas 'super bantam' Pertubuhan Tinju Antarabangsa (IBO) anjuran Ringstar baru-baru ini, rekod Ridhwan sejak menjadi petinju profesional boleh dibanggakan.

Ridhwan, 30 tahun, yang turut dinobatkan Anugerah Jauhari Harapan Berita Harian baru-baru ini, juga sebelum ini merupakan pemenang tali pinggang kelas 'feather' Antara Benua IBO serta kejuaraan kelas 'super feather' Antarabangsa IBO.

"Kita memerlukan momentum ini berterusan... semua orang yang terlibat perlu melakukan untuk sukan ini dan bukan atas kepentingan peribadi masing-masing.

"Petinju-petinju yang ditampilkan perlulah yang berkualiti... barulah kita dapat mencetuskan keghairahan di kalangan peminat.

"Jika segala ramuan ini ada, saya yakin arena tinju amatur kita juga akan mendapat kesan limpahan positif daripada perkembangan tinju profesional yang lebih rancak di sini," ujar Syed Kadir lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg