Topik diikuti
Pergi ke BHkuKehebatan Silva kunci bagi City layak ke Liga Juara-Juara

Kehebatan Silva kunci bagi City layak ke Liga Juara-Juara
LONDON: Penampilan semula David Silva daripada kecederaan membantu kelabnya, Manchester City, cemerlang hujung minggu lalu, dengan tahap kecergasan bintang midfield Sepanyol itu kali ini menjadi kunci bagi kelabnya melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan.
Silva, yang terpaksa berehat dua minggu akibat kecederaan lutut, mempamerkan sentuhan cemerlang semasa membantu City membelasah Crystal Palace 5-0 minggu lalu - hanya kemenangan ketiga dalam sembilan perlawanan liga terakhirnya.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
