Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PANDANGAN

Kejayaan 'gila' Saudi jinakkan Messi, Argentina

Nov 24, 2022 | 05:30 AM



GELARAN G.O.A.T atau Greatest Of All Time - singkatan bagi Terhebat Sepanjang Masa - Lionel Messi mungkin raja bola sepak.



Tetapi, kelmarin, pasukan Arab Saudi menunjukkan siapa raja sebenar.



Saudi, yang menduduki tangga ke-51 dunia - yang kedua terendah di kalangan pasukan di Piala Dunia ini - melakarkan salah satu kejutan terbesar dalam sejarah Piala Dunia setelah bangkit dari ketinggalan untuk mengecewakan juara dunia dua kali, Argentina, 2-1 dalam aksi perlawanan pembukaan Kumpulan C yang mendebarkan.



Lebih mengagumkan, negara Timur Tengah itu menamatkan rekod 36 perlawanan tanpa kalah pasukan ketiga terbaik dunia, Argentina, yang termasuk kejuaraan Copa Amerika 2021 mereka.



Adakah kemenangan Saudi menentang skuad Argentina yang dibintangi nama-nama besar bola sepak seperti Messi, Angel Di Maria dan Paulo Dybala hanya satu kebetulan sahaja?



Apa yang nyata kelmarin adalah Saudi bermain dengan cemerlang, manakala Argentina hambar dan akhirnya terpaksa gigit jari.



Sedang Argentina hanya bergantung pada seorang wira mereka, Messi - yang mengumumkan Piala Dunia Qatar ini mungkin merupakan penampilan terakhirnya - untuk mencipta keajaiban di padang, Saudi pula menggembleng usaha ramai wira untuk mencipta sejarah di Stadium Lusail.



Penjaga gol Mohammed Al-Owais, pemain bek tengah Hassan Al-Tambakti dan penjaring gol kemenangan Salem Al-Dawsari antara yang layak digelar wira skuad Saudi kendalian Herve Renard, yang bukan sahaja berani mempertahankan benteng bahkan tidak gentar mengancam kubu lawan.



Kemenangan Saudi boleh dianggap "kerja gila" dan tidak hairanlah, dengan pasukan itu dipimpin seorang juralatih yang dipanggil "gila" seperti digambarkan pemain midfield Abdulelah Al-Malki.



"Renard membuat kami menangis dengan kata-kata motivasinya sebelum perlawanan dan menyemarakkan semangat kami semasa rehat," tambahnya, merujuk kepada kedudukan ketika mereka ketinggalan 0-1 pada waktu rehat.



Keputusan kelmarin bermakna Argentina tercorot di tangga terakhir Kumpulan C, selepas Mexico dan Poland seri tanpa gol dalam perlawanan pembukaan mereka.



Adakah harapan Messi, dan juga Argentina, untuk menjulang Piala Dunia tahun ini terkubur?



Pasukan gergasi Amerika Selatan itu berpeluang menebus kekalahan mereka apabila berdepan rakan sebenua Mexico seterusnya sebelum menutup saingan pusingan kumpulan menentang Poland.



"Jelas sekali kami perlu menang atau menang sekarang. Ia terpulang kepada kami untuk membetulkan kesalahan kami dan kembali kepada asas siapa kami. Kami okay, jelas terluka dengan keputusan itu, ia rasa sangat pahit.



"Tetapi, orang ramai harus percaya pasukan ini tidak akan mengecewakan mereka dan kami akan terus bersaing dalam dua perlawanan seterusnya. Kami pernah berada dalam kedudukan ini dan kami akan beraksi dengan lebih baik," kata Messi kepada media Argentina.



"Sekarang adalah masa untuk bersatu... menunjukkan betapa kuat kami sebenarnya.



"Bersatu" adalah kunci - dan juga peringatan - bagi mana-mana pasukan yang berazam untuk melangkah jauh dalam Piala Dunia.



Pada akhirnya, bola sepak adalah permainan berpasukan yang memerlukan 11 pemain di padang.



Kadang kala G.O.A.T juga memerlukan bantuan daripada 'kuncu-kuncunya".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >