Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kejayaan Joseph Schooling disenarai keempat terbaik dalam 10 renang terbaik 2016

Jan 04, 2017 | 11:19 AM



JOSEPH Schooling terus menjadi sebutan selepas memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik Rio de Janeiro Ogos lalu.



Kejayaan perenang Singapura itu disenaraikan dalam majalah renang Swim Swam sebagai antara 10 Renang Terbaik 2016.



Beliau menduduki tempat keempat dalam senarai itu, selepas perenang Hungary Katinka Hosszu (400m, Sukan Olimpik Rio), perenang Amerika Katie Ledecky (100m kuak dada, Sukan Olimpik Rio), perenang Britain Adam Peaty (100m kuat dada, Sukan Olimpik Rio).



Kata-kata pujian dalam Swim Swam berbunyi: "Final 100m lelaki kuak kupu-kupu bersejarah kerana beberapa sebab, tetapi ia lebih-lebih lagi penting bagi Singapura. Negara itu mendapat pingat emas Olimpik pertamanya dalam sembarang sukan pada musim panas ini, sumbangan Joseph Schooling dalam perlumbaan itu. Dalam perlumbaan peringkat akhir Olimpik pertama dalam kerjayanya, Schooling menjadi seorang yang sedang melaksanakan satu misi, mencabar barisan yang termasuk para pemenang pingat Olimpik dan Juara Dunia. Semua mata di Singapura menyaksikan Schooling mengalahkan semuanya, menang dalam masa 50.39 untuk mencatat masa terpantas yang pernah dicatat dalam berpakaian."



Ia juga menyatakan perlumbaan itu menyaksikan tiga perenang mendapat tempat yang sama, yang jarang berlaku, iaitu pingat perak. Mereka ialah perenang Amerika Michael Phelps, Afrika Selatan Chad le Clos dan Hungary Laszlo Cseh.



Itu kali pertama ia berlaku dalam acara renang Sukan Olimpik.



Hosszu diberi penghormatan selepas memecahkan rekod dunia 2012 perenang China Ye Shiwen dengan dua saat. Perenang Hungary itu mencatatkan masa 4 minit 26.36 saat untuk memenangi pingat emas Olimpik pertamanya.



Perenang lain yang diberi penghormatan dalam senarai itu ialah:



No. 5: Phelps (200m berganti-ganti individu, Olimpik)



No.6: Simone Manuel dan Penny Olesiak, pemenang bersama pingat emas gaya bebas 100m di Rio



No. 7: Kyle Chambers (100m bebas, Olimpik)



No. 8: Ryan Murphy (4x100m berganati-ganti, Olimpik)



No. 9: Cate Campbell (100m bebas, Grand Prix Australia)



No. 10: Caleb Dressel (50m bebas, Kejohanan Persatuan Olahraga Universiti Kebangsaan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >