Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET JADI TUMPUAN

LINGARD: Yang dilupakan atau ayam tambatan?

Tidak dikehendaki oleh Manchester United, dan dipinjamkan kepada West Ham, Jesse Lingard membuktikan keupayaan sebenar di London
Apr 19, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Jesse Lingard menyertai West Ham United pada Januari lalu selepas kelabnya Manchester United menganggap beliau tidak diperlukan musim ini.



Beliau hanya muncul dalam tiga perlawanan bagi United sepanjang musim dan tidak dipilih menyarung jersi England sejak 2019.



Lingard, 28 tahun, juga hanya menjaringkan satu gol Liga Perdana England sejak Disember 2018.



Namun, sejak tempoh pinjamannya di West Ham bermula, Lingard kelihatan bak pemain yang berlainan daripada yang meninggalkan Old Trafford di awal tahun.



Beliau bukan sahaja merintis peluang gol bagi pasukan dan menjaringkan gol, malah persembahannya dalam kemenangan 3-2 ke atas Leicester baru-baru ini - menjaringkan dua gol - bermakna beliau antara pemain yang berada dalam form yang terbaik di Eropah musim ini.



Malah, kebangkitan semula Lingard ini telah memberikan West Ham peluang besar untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.



Beliau juga disertakan semula dalam skuad England oleh Gareth Southgate bagi kelayakan Piala Dunia 2022 baru-baru ini, membayangkan beliau antara pilihan utama untuk menyarung jersi England di Kejohanan Eropah (Euro) pada musim panas ini.



Sesungguhnya, West Ham telah beraksi baik musim ini untuk memberikannya peluang melayakkan diri ke Liga Juara-Juara, tetapi form Lingard telah menampilkan West Ham sebagai pesaing utama bagi melayakkan diri.



Lingard, yang dilahirkan di Warrington, telah menjaringkan sembilan gol dalam 10 perlawanan epl, mengatasi rekod terbaik bagi semusim - lapan gol dalam 33 perlawanan - yang dicatat pada musim 2017-18.



Dengan Lingard dalam pasukan, West Ham telah memenangi enam daripada 10 perlawanan, seri dua dan tewas dua - semasa bertemu Manchester City - untuk merebut tempat di tangga keempat liga dan Newcastle semalam.



"Pada masa ini, saya mempunyai keyakinan diri dan semua yang saya lakukan menjadi," kata Lingard.



"Saya sedang menikmati saat ini, setiap perlawanan bak final."



Pengurus West Ham David Moyes, yang membimbing Lingard semasa kededuanya mewakili United berkata:



"Kami terkejut dengan gol-gol yang dijaringkan Jesse. Kami tahu beliau berkebolehan, tetapi dari segi mencipta gol bagi pasukan. Gol-gol yang dijaringkannya musim ini telah banyak membantu pasukan."



Sejak perlawanan pertama dengan West Ham, Lingard - di mana beliau menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa - Lingard telah merintis atau menjaringkan 11 gol, lebih dua berbanding pemain EPL yang lain musim ini.



Dibandingkan dengan liga-liga teratas di Eropah pula, hanya empat pemain telah mencapai statistik lebih baik: Lionel Messi di Barcelona (17 peluang atau jaringan gol), Romelu Lukaku (13), Luis Muriel di Atalanta dan Gerard Moreno di Villareal (kededuanya 12).



Bekas pemain pertahanan West Ham Matthew Upson berkata:



"Segala-galanya telah berjalan sebagaimana yang dirancang oleh Dovid Moyes dan West Ham.



"Mereka terpaksa beraksi dengan cemerlang musim ini dan berjaya mencipta jurang dengan pasukan lain dengan kehadiran Lingard."



Bekas rakan sepasukan di England Jermaine Jenas berkata Lingard ini berada dalam form terbaik dalam kerjayanya dan telah meraih manfaat berpindah ke pasukan lain untuk kembali bangkit.



"Pengurus beliau kini yakin dengan keupayaannya, beliau dimainkan dalam posisi yang paling cocok dengan keupayaannya itu dan beliau sedang membuktikan keupayaannya itu.



"Keadaan ini berbeza dengan keadaan beliau di United, di mana beliau dimainkan di posisi berbeza-beza dari minggu ke minggu," kata Jenas.



"Bagi saya, West Ham perlu mengekalkan Lingard sebagai pemain bagi musim depan, terutama jika mereka melayakkan diri ke Liga Juara-Juara."



Bekas kapten United Roy Keane berkata Lingard telah menunjukkan keupayaan sebenar di West Ham.



"Beliau tidak banyak beraksi sebelum itu tetapi berjaya mengekalkan tahap kecergasan. Mungkin tumpuannya terganggu di United, tetapi kita semua tahu beliau berbakat dan bakat seperti itu tidak mudah dipendam, jika dipadankan dengan usaha gigih," kata Keane.



Difahami, West Ham akan cuba mendapatkan tanda tangan Lingard bagi kontrak tetap pada musim panas ini.



Sebelum ini, pengurus United Ole Gunnar Solskjaer pernah berkata beliau lebih memilih untuk menyimpan Lingard, tetapi akan menimbangkan tawaran baginya jika menjualnya boleh meraih wang untuk membeli pemain baru demi memperkukuh pasukan.



Namun, dengan kontrak Lingard di United dijadual luput tahun depan, West Ham kini beranggapan kededua kelab boleh mempersetujui bayaran yang memuaskan kededua kelab untuk membawa pemain itu ke London.



Bercakap dalam satu wawancara radio baru-baru ini, Lingard akur musim ini adalah sukar kerana beliau menyertai West Ham tanpa beraksi dalam EPL atau Liga Juara-Juara sepanjang musim.



"Saya berlatih sepanjang minggu tetapi tidak dipilih untuk beraksi pada hujung minggu. Ia satu cabaran besar bagi saya.



"Namun, semasa tempoh sekatan pergerakan, saya mengimbas semula perlawanan lama dengan England dan United dan berjaya menyemarakkan semula semangat saya," ujar Lingard.



Mengulas mengenai masa depannya di West Ham, terutama jika kelab itu melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan, Lingard berkata:



"Ia adalah satu pencapaian yang hebat kerana ia adalah kali pertama dalam sejarah dan berbuat demikian adalah satu perkara yang begitu istimewa."



Buat masa ini, selain menumpukan perhatian kepada EPL dan Liga Juara-Juara, Lingard boleh membuat rancangan menyarung jersi England di Euro.



Southgate biasanya memilih pemain berdasarkan 'form' dan 'form' yang ditunjukkan Lingard dalam liga domestik telah mendorong Southgate untuk menurunkannya bagi semua tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia bulan lalu.



Lingard kini telah mewakili negaranya sebanyak 27 kali dan jika beliau mengekalkan 'form' sehingga akhir musim, dijangka boleh menambah kepada jumlah itu.



Namun, untuk merebut peluang itu, beliau perlu menonjolkan diri melebihi pesaing lain seperti Phil Foden, Jack Grealish dan Mason Mount.



"Saya tidak gentar. Melayakkan diri ke Euro adalah pencapaian yang menunjukkan saya telah benar-benar bangkit semula," ujar Lingard. - Agensi berita.




PERLU BERSAING HEBAT MEREBUT TEMPAT WAKILI ENGLAND



"Saya tidak gentar. Melayakkan diri ke Euro adalah pencapaian yang menunjukkan saya telah benar-benar bangkit semula."



KEJAYAAN LAMA SEMARAKKAN SEMANGAT SEMULA



"Saya berlatih sepanjang minggu tetapi tidak dipilih untuk beraksi pada hujung minggu. Ia satu cabaran besar bagi saya.

"Namun, semasa tempoh sekatan pergerakan, saya mengimbas semula perlawanan lama dengan England dan United dan berjaya menyemarakkan semula semangat saya."

- Jesse Lingard




Rekod Lingard di West Ham



10 perlawanan: 9 gol

(mengatasi rekod terbaik bagi semusim – lapan gol dalam 33 perlawanan – yang dicatat pada musim 2017-18)



10 perlawanan: menang 6, seri 2 kalah 2

(tewas semasa bertemu Manchester City – untuk merebut tempat di tangga keempat liga dan Newcastle semalam)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >