Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kejohanan AFF: Peminat Singa kecewa hadapi masalah beli tiket

Dec 07, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA peminat menyuarakan kekecewaan selepas mengalami masalah ketika cuba membeli tiket bagi perlawanan laman sendiri pusingan kumpulan Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Singapura.



Pasukan Singa berdepan Myanmar pada 24 Disember dan Vietnam enam hari kemudian di Stadium Jalan Besar yang dapat menampung 6,000 penonton.



Tiket bagi bahagian Granstan dan Galeri Timur serta tiket untuk perlawanan persahabatan Singapura menentang Maldives pada 17 Disember mula dijual tengah hari kelmarin menerusi laman web Ticketmaster.



Meskipun penjualan tiket bermula dengan segera, peminat berkata hanya satu daripada 20 bahagian tempat duduk untuk peminat tuan rumah dibuka untuk dibeli pada awalnya.



Lebih banyak bahagian hanya dibuka kemudian.



Kenneth Lee, 30 tahun, yang bekerja dalam industri kewangan, berkata beliau keliru apabila log masuk laman web itu pada tengah hari. Beliau menambah:



"Saya terkejut apabila saya hanya dapat melihat satu bahagian (seksyen A) dibuka untuk dijual. Saya menjangkakan semua bahagian akan tersedia. Jadi, untuk melihat hanya satu, saya fikir saya tidak akan dapat membeli tempat duduk yang saya mahukan."



Kira-kira dua jam kemudian, lebih banyak bahagian dibuka dan beliau dapat menempah tiket bagi kedua-dua perlawanan.



Prem Kumar, 28 tahun, berkata beliau menunggu dari 10 pagi dengan harapan mendapatkan tempat duduk dekat dengan terowong yang diinginkan tetapi kecewa apabila mendapati hanya satu bahagian dibuka.



Beliau berkata: "Selalunya apabila log masuk pada waktu penjualan tiket dibuka, anda akan mendapat tempat duduk yang baik. Tetapi, di sini, anda mendapat tempat duduk yang lebih baik sekiranya anda menunggu."



Menjawab pertanyaan The Straits Times, pengarah komersial dan pemasaran Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Jonathan Wong, berkata ia mengalami kesukaran teknikal sementara dengan laman web itu selepas melancarkan penjualan tiket.



Beliau berkata: "Bagaimanapun, keadaan itu segera disiasat dan diselesaikan dalam tempoh 20 minit dan laman web itu beroperasi dengan lancar sejak itu. Kami menghargai kesabaran peminat semasa semasa sistem komputer tidak aktif, yang tidak dijangka."



Wong juga menambah bahawa walaupun permintaan tinggi untuk tiket, ia masih belum habis dijual.



Pemeriksaan Berita Harian sehingga 3 petang semalam menunjukkan bahawa hanya tiket bagi sembilan daripada 20 bahagian tuan rumah untuk perlawanan Myanmar masih tersedia, tetapi beberapa bahagian tempat duduk sedang pantas dijual atau mempunyai jumlah yang terhad.



Perlawanan pasukan Singa, termasuk perlawanan di tempat lawan di Laos (27 Disember) dan Malaysia (3 Januari), akan ditayangkan secara langsung di Channel 5 Mediacorp. Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir dua pusingan.



Sekiranya Singapura layak ke pusingan kalah mati, perlawanan mereka di laman sendiri akan diadakan di Stadium Negara yang boleh memuatkan 55,000 penonton.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >