Kejohanan Bola Jaring Asia: S'pura sedia beri saingan dengan suntikan tenaga muda

PEMINAT bola jaring di Singapura berpeluang ‘mengintip’ barisan pemain nasional yang mewakili harapan negara bagi masa depan jika menyaksikan Kejohanan Bola Jarin Asia (ANC) yang bermula di Hab Sukan Singapura pada Sabtu (1 September).

Selepas memimpin pasukan mengharungi tempoh peralihan yang kian gigit sejak dua tahun lalu, jurulatih nasional Natalie Milicich berkat beliau bukan sahaja telah menyusun barisan pemain setempat terbaik yang boleh bersaing bagi kejohanan ini, malah pemain bersedia memberi pemain itu masa di gelanggang demi mengumpul pengalaman berharga.

“Tiba masanya untuk kita memerhatikan beberapa pemain lebih muda, dan lebih penting lagi, menurunkan pemain yang berada dalam ‘form’ terbaik,” kata Milicich, bercakap dengan The Straits Times menjelang perlawanan pembukaan antara pasukan tuan rumah dengan Brunei pada petang ini.

“Kami telah menambah darah muda kepada skuad dan ini adalah petanda baik bagi masa depan jangka panjang pasukan,” tambah Milicich.

Ada empat wajah baru dalam pasukan Singapura - penjaga jaring Sindhu Nair, 22 tahun, pelontar gol Tan Xin Yi 21 tahun dan Lee Pei Shan, 18 tahun, serta Ayshath Zaseela, 20 tahun yang serba boleh dan boleh mendukung peranan di bahagian pertahanan di jaring, di sayap atau di tengah gelanggang.

Kuartet ini antara barisan 12 pemain yang dipilih daripada kumpulan 17 pemain yang menjalani latihan di New Zealand pada Julai.

Dua tahun lalu, trio pemain mapan - kapten Micky Lin, naib kapten bersama Chen Huifen dan pemain pertahanan Premila Hirubalan - yang bersama telah mewakili negara sejumlah 328 jali - bersara untuk memberi peluang kepada darah baru.

Ekoran itu, Singapura, yang memenangi ANC pada 2012 dan 2014 tidak berjaya mempertahankan kejuaraan di Malaysia dua tahun lalu. Kejohanan ini diadakan dua tahun sekali.

Tahun lalu, persaingan antara pasukan jiran ini mencapai puncak selanjutnya, selepas Malaysia, selaku tuan rumah Sukan SEA, menewaskan Singapura - pemenang pingat emas 2015 - di final.

 

Kejohanan Bola Jarin Asia 2018

 

Hari ini:

Kumpulan C: Singapura lwn Brunei (1 petang)

Kumpulan A: Malaysia lwn Jepun (3 petang)

Kumpulan B: Taiwan lwn Sri Lanka (5 petang)

Kumpulan D: Filipina lwn Thailand (7 malam)

 

Esok

Kumpulan A: Maldives lwn Malaysia (1 petang)

Kumpulan B: Sri Lanka lwn India (3 petang)

Kumpulan C: Singapura lwn Pakistan (5 petang)

Kumpulan D: Thailand lwn Hongkong (7 malam)

 

Di mana

Arena OCBC, Hab Sukan Singapura

Tiket di apactix.com

Galeri Foto