Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kejohanan Golf Terbuka Singapura SMBC di Sentosa 17 hingga 20 Jan 2019

Aug 1, 2018 | 8:54 PM
KEJOHANAN GOLF: Sergio Garcia dari Sepanyol semasa pusingan terakhir Kejohanan Golf Terbuka Singapura SMBC di Padang Serapong di Sentosa pada 21 Januari 2018.
KEJOHANAN GOLF: Sergio Garcia dari Sepanyol semasa pusingan terakhir Kejohanan Golf Terbuka Singapura SMBC di Padang Serapong di Sentosa pada 21 Januari 2018. - Foto THE STRAITS TIMES

KEJOHANAN Golf Terbuka Singapura SMBC akan berlangsung di sini dari 17 hingga 20 Januari di Padang Serapong, di Kelab Golf Sentosa.

Acara itu merupakan acara pembukaan bagi Jelajah Asia dan Persatuan Jelajah Golf Jepun (JGTO).

Presiden Persatuan Golf Singapura, Encik Ross Tan, berkata mereka gembira musim ini akan bermula dengan dengan dua acara jelajah utama iaitu jelajah Asia dan Jepun.

"Tahun depan Kejohanan Golf Terbuka Singapura yang ke-53 akan diadakan dan kami akan mengumumkan barisan pemain terbaik kami tidak lama lagi.

"Apa yang penting juga ialah kami dapat mengesahkan bahawa Kejohanan Golf Terbuka Singapura SMBC akan menjadi sebahagian Siri Kelayakan Kejohanan Terbuka... ini akan memberi pertandingan kami satu pendedahan global," kata Encik Tan.

Pemain dari Amerika, Sean Crocker; Lucas Herbert dari Australia; serta Jazz Janewattananond dan Danthai Boonma dari Thailand merupakan empat pemain yang layak bagi Kejohanan Terbuka di Carnoustie, Scotland, dua minggu lalu menerusi Kejohanan Golf Terbuka Singapura SMBC Januari lalu.

Tahun depan merupakan kali kedua dalam sejarah Kejohanan Terbuka selama 150 tahun ia bakal berlangsung di luar Scotland dan England.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg