Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kejohanan nasional dihidupkan semula, antara usaha semarak sukan ini

Dec 17, 2018 | 05:30 AM



SELEPAS enam tahun menghilang, Kejohanan Badminton Terbuka Nasional akan kembali dianjurkan pada 26 Januari hingga 1 Februari tahun depan di Dewan Badminton Singapura.



Edisi kali ini akan menampilkan lima kategori - perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran - dan bertujuan merancakkan lagi badminton di sini di samping mendorong perkembangan sukan ini di kalangan warga setempat.



Menghidupkan kejohanan bagi menentukan pemain serta beregu terbaik di Singapura ini merupakan salah satu daripada beberapa inisiatif yang dirancangkan eksko baru Persatuan Badminton Singapura (SBA) yang diterajui presiden baru, Lawrence Leow, yang mengambil alih pucuk kepimpinan badan sukan itu sejak Jun lalu.



Turut diumumkan ialah pembentukan Suruhanjaya Pemain, kumpulan penyokong ibu bapa serta sistem ranking nasional yang baru - kesemua dengan harapan dapat membawa badminton di negara ini ke tahap lebih tinggi.



Berdasarkan maklum balas bagi lebih ketelusan dalam pemilihan pemain yang dipilih bagi menyertai pelbagai kejohanan, sistem ranking baru itu akan diperkenalkan pada Mac tahun depan dan merangkumi tujuh kategori bagi kededua lelaki dan perempuan - Bawah 9 Tahun, Bawah 11 Tahun, Bawah 13 Tahun, Bawah 15 Tahun, Bawah 17 Tahun, Bawah 19 Tahun dan Kategori Terbuka.



Mengenai usaha menghidupkan semula Kejohanan Terbuka Nasional, bekas jaguh sukan ini yang kini menjawat jawatan timbalan presiden SBA dalam eksko baru ini, Abdul Hamid Khan, berkata:



"Sebagai pemain, anda tentu sekali ghairah mahu beraksi di Kejohanan Nasional kerana anda mahu bergelar sebagai pemain nombor satu di Singapura."



Mengulas, Leow pula berkata: "Dengan menghidupkan semula kejohanan penuh bersejarah ini diharapkan akan menjadi perangsang kepada pemain-pemain setempat bagi tahun baru ini.



"Kami berharap peluang bagi melahirkan juara nasional yang baru nanti akan menyemarakkan semangat bakat-bakat yang ada di sini."



Pendaftaran bagi menyertai Kejohanan Terbuka Nasional ini sudah pun dibuka. Tarikh tutup ialah 28 Disember. Kecuali acara beregu wanita dan beregu campuran yang akan dibuka kepada 16 pasangan, acara-acara lain akan menyaksikan 32 penyertaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >