Premium
Kejohanan Olahraga Dunia ditunda hingga Julai 2022
Apr 10, 2020 | 5:30 AM
PAMER BAKAT ATLET DUNIA: Presiden Persekutuan Olahraga Dunia, Sebastian Coe, berpendapat tarikh baru bagi penganjuran Kejohanan Olahraga Dunia yang kini akan berlangsung pada Julai 2022 akan memberikan peluang mempamerkan sukan itu dan bintang atlet olahraga dari seluruh dunia. - Foto REUTERS -
MONACO: Kejohanan Olahraga Dunia ditunda lagi hingga Julai 2022 bagi mengelakkan tarikh bertindih dengan Sukan Olimpik Tokyo, yang juga terpaksa ditangguhkan kerana wabak koronavirus, kata badan pentadbir sukan tersebut kelmarin.
Persekutuan Olahraga Dunia (WA) mengesahkannya dalam satu kenyataan sambil berkata kejohanan dwitahunan itu kini akan berlangsung dari 15 hingga 24 Julai 2022 di Eugene, Oregon, Amerika Syarikat.

