Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-18: 8 pesilat negara langkah ke pusingan akhir

Dec 15, 2018 | 10:12 PM



HARAPAN Singapura untuk merebut sekurangnya tiga lagi pingat emas di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-18 tampak cerah.



Pertarungan hari ketiga kejohanan dunia yang diadakan di OCBC Arena, Hab Sukan Singapura sebentar tadi menyaksikan lapan pesilat negara berjaya melangkah ke pusingan akhir esok.



Antara mereka ialah lima pendekar Singapura - Muhammad Hazim Mohd Yusli, Abdul Raaziq Abdul Rashid, Muhammad Syakir Jeffery, Sheik Ferdous Sheik Alau’ddin dan Sheik Farhan Sheik Alau’ddin.



Turut menyertai mereka ialah tiga srikandi Singapura - Nur Syaza Insyirah Md Roslan, Nor Shahidah Abas dan Nurul Suhaila Mohd Saiful.



Nurul Suhaila tidak dapat menahan tangisan kegembiraan menyusuli kemenanganya ke atas juara bertahan Kelas D (60-65kg), Selly Andriani dari Indonesia.



Mengulas tentang pertarungannya itu, beliau berkata; “Saya rasa sangat gembira kerana sebelum ini saya tewas kepadanya sebanyak dua kali.



“Berbanding dengan pertarungan yang lalu itu, kali ini saya berasa lebih tenang dan yakin sebelum pertarungan bermula.



“Saya dapat rasakan diri saya seperti pesilat yang berbeza, jadi saya rasa amat bangga dapat melayakkan diri ke pusingan akhir,” kata beliau.



Bagi juara dunia berganda, Sheik Farhan, sasarannya kini adalah untuk merangkul gelaran juara dunia buat kali ketiga berturut sekali gus menjadi pesilat negara pertama untuk mencatat kejayaan itu selepas menewaskan pesilat United Kingdom, Djibrill Aoudou dalam Kelas J (90-95kg).



Farhan yang turut yakin dapat mengatasi pencabarnya esok, berasa bangga dengan persembahan rakan sepasukkannya yang juga layak bertanding di perlawanan akhir.



“Kami telah mempamerkan prestasi yang dapat dibanggakan, terutama dari pesilat yang mengambil bahagian buat kali pertama dalam kejuaraan ini, dan telah menunjukkan keinginan untuk merebut pingat emas.



“Segala latihan dan kerja keras kami hampir membuahkan hasil.



“Kami hanya perlu mengharungi rintangan di final sahaja, tetapi saya pasti kami semua sudahpun bersedia.



Bagaimanapun, Singapura menyaksikan salah seorang pesilat harapannya, Muhammad Shakir Juanda kecundang kepada pemenang pingat emas Sukan Asia, Komang Harik Adi Putra dalam Kelas E (65-70kg), yang juga telah menewaskannya di peringkat awal Sukan Asia.



Namun bagi beliau, pengalaman beraksi di kategori berbeza buat pertama kali dalam kejohanan dunia telah membantu menjadikannya pesilat yang lebih mantap.



Beliau berkata; “Jika saya dapat mengatasi beliau hari ini, mungkin ia mampu menjadi penebus kekecewaan bagi kekalahan di Sukan Asia.



“Namun, beliau telah menunjukkan bahawa beliau merupakan pesilat yang lebih baik hari ini.”



Mengulas tentang persembahan pasukan silat Singapura, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau’ddin Yacoob Marican pula berkata;



“Lapan pesilat kami berjaya melangkah ke pusingan akhir, namun kejohanan belum lagi tamat.



“Kita perlu berkerja lebih keras bagi pertarungan esok dan berharap kesemua lapan pesilat kami akan memberikan yang terbaik mereka.



“Sejauh ini, kita telah memenangi tiga pingat emas dari acara Seni dan saya masih berharap dapat mencapai sasaran saya untuk sekurangnya tiga lagi pingat emas.



“Kita berharap dapat menutup tirai kejohanan yang telah kita anjurkan ini dengan keputusan yang membanggakan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >