Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-18: 9 pesilat negara langkah ke pusingan separuh akhir

Dec 14, 2018 | 11:39 PM



PESILAT Singapura mengakhiri hari kedua Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-18 dengan persembahan yang menggalakkan sebentar tadi (14 Disember).



Seramai sembilan pesilat negara berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir esok setelah masing-masing menumpaskan lawan mereka di gelanggang OCBC Arena, Hab Sukan Singapura.



Antara mereka ialah dua juara dunia berganda negara, Muhammad Shakir Juanda dan Sheik Farhan Sheik Alau’ddin.



Shakir mempunyai laluan yang mudah ke pusingan seterusnya menerusi keputusan ‘walkover’, apabila pesilat Arab Saudi, Nadhedh Ibrahim Alayjan, gagal menghadirkan diri ke gelanggang untuk pertarungan Kelas E (65-70kg).



Manakala, Farhan, yang rebah tidak sedarkan diri selama beberapa minit diberikan kemenangan selepas lawannya Ausri Bayusro melepaskan tumbukan yang tidak sah ke arah muka pesilat negara itu. Atas serangan itu, Ausri telah disingkirkan daripada kejohanan ini.



Turut mara ke separuh akhir ialah Sheik Ferdous Sheik Alau’ddin dalam Kelas I (85-90kg), Muhammad Hazim Mohd Yusli dalam Kelas B (50-55kg) dan Adib Farhan Ramle Kelas F (70-75kg).



Sementara itu, empat srikandi negara, Nur Syaza Insyirah Md Rosan (Kelas B (50-55kg)), Nur Liana Nadhirah Saheid (Kelas E (65-70kg)), Siti Khadijah Mohd Shahrem (Kelas C (55-60kg)) dan Nurul Suhaila Mohd Saiful (Kelas D (60-65kg)) juga berjaya mengatasi lawan masing-masing.



Namun keputusan tidak memihak kepada tiga pesilat negara - Atiq Syazwani Roslan (Kelas A (45-50kg)), Nur Azurah Mohd Khalid (Kelas F (70-75kg)) dan Danial Hamezi Mohd Nazri (Kelas Terbuka (lebih 85kg)) yang tumpas di tangan pesaing mereka.



Pusingan separuh akhir kejohanan dunia akan berlangsung esok dan dijangka bermula sekitar 9.30 pagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >