Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kejohanan sepak takraw pantai dunia bakal diadakan: Halim

Dec 30, 2022 | 5:30 AM
PERLUAS SEPAK TAKRAW: Halim (kiri) bertemu Gabernor Sumatera Barat, Encik Mahyeldi Ansarullah, dalam lawatannya ke sana minggu lalu. - Foto ihsan ABDUL HALIM KADER
PERLUAS SEPAK TAKRAW: Halim (kiri) bertemu Gabernor Sumatera Barat, Encik Mahyeldi Ansarullah, dalam lawatannya ke sana minggu lalu. - Foto ihsan ABDUL HALIM KADER -

PERSATUAN Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) bakal menganjurkan kejohanan sepak takraw pantai dunia sulungnya tahun depan, kata presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), Abdul Halim Kader, yang juga setiausaha agung Istaf.

Perbincangan bagi format kejohanan itu - dijangka berlangsung pada Disember - sedang dijalankan, tambah Halim.

Namun, beliau mendedahkan kepada Berita Harian bahawa Istaf sedang menimbangkan pilihan mengadakannya dalam format litar melibatkan saingan di tiga pantai berbeza di rantau ini.

"Ini kali pertama kejohanan sepak takraw dunia diiltizamkan oleh kami dan penganjurannya akan melibatkan lokasi seperti Pantai Sentosa di Singapura, Port Dickson di Malaysia, dan Pantai Padang di Pariaman, Sumatera Barat, di Indonesia," kongsi Halim ketika dihubungi BH semalam.

Beliau memberi contoh kejohanan itu boleh dianjurkan pertama di Sumatera Barat dan kemudian bergerak ke Singapura dan akhirnya, Malaysia.

Perlawanan di setiap negara boleh diadakan setiap tiga bulan dan berlangsung selama seminggu. Sistem permarkahan bagi setiap pusingan akan digunakan.

Menurut Halim, lebih 12 negara dijangka menyertai kejohanan itu, termasuk Iran, Pakistan, India, Nepal, Jepun, China, Taiwan, Singapura, Thailand, Filipina, Malaysia dan Indonesia.

Beliau menambah bahawa Istaf telah mendekati Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan Persatuan Sepak Takraw Indonesia (PSTI) untuk terlibat dalam penganjuran kejohanan itu.

Beliau berkunjung ke Padang, Pariaman dan Bukit Tinggi untuk bertemu Gabernor Sumatera Barat, Encik Mahyeldi Ansarullah, baru-baru ini.

Selama empat hari sejak Sabtu lalu, Halim meninjau pantai dan tempat menarik di wilayah itu bagi membawa kejohanan sepak takraw pantai dunia ke sana.

Halim berkata kejohanan dunia itu bertujuan mendedahkan sukan sepak takraw di pentas dunia. "Pertandingan ini adalah usaha Istaf untuk membawa acara sepak takraw ke dalam Sukan Pantai Dunia pada masa akan datang," katanya.

Sebelum itu, beliau merancang menjadi sepak takraw sebuah sukan pertunjukan di Sukan Pantai Dunia di Bali pada Ogos 2023.

"Ini kali pertama kejohanan sepak takraw dunia diiltizamkan oleh kami dan penganjurannya akan melibatkan lokasi seperti Pantai Sentosa di Singapura, Port Dickson di Malaysia, dan Pantai Padang di Pariaman, Sumatera Barat, di Indonesia... Pertandingan ini adalah usaha Istaf untuk membawa acara sepak takraw ke dalam Sukan Pantai Dunia pada masa akan datang." - Abdul Halim Kader, setiausaha agung Istaf merangkap presiden Astaf.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg