Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

RAGBI

Kejohanan Six Nations Wanita 2021 ditunda ke April

Jan 12, 2021 | 05:30 AM



ENGLAND: Kejohanan Six Nations Wanita 2021 dijangka akan ditunda dan bermula April ini.



Kejohanan ragbi di Eropah itu biasanya berlangsung pada hujung minggu sama seperti acara lelakinya, yang bermula pada 6 Februari.



Namun, perintah kawalan koronavirus yang dikenakan di serata Eropah telah merumitkan perancangan dan menurut pemahaman BBC Sport, permulaan kejohanan itu akan ditangguhkan.



Pertandingan itu adalah bahagian penting dalam persiapan pasukan-pasukan untuk Piala Dunia, yang dijadual berlangsung di New Zealand mulai pertengahan September.



England, yang merangkul kejuaraan Grand Slam Six Nations dua kali berturut-turut pada 2020, adalah satu-satunya pasukan yang sepenuhnya profesional dalam kejohanan, sementara pasukan Perancis adalah separuh profesional.



Majoriti pemain dari Ireland, Wales, Scotland dan Italy adalah amatur, menimbulkan isu berkaitan ujian Covid-19, mengadakan gelembung sukan dan perjalanan.



"Banyak usaha dilaksanakan untuk merancang Kejohanan Six Nations Wanita yang mempertimbangkan langkah-langkah yang diperbaharui dan berkembang pesat di setiap negara," kata jurucakap Six Nations.



"Kami akan memberi maklumat lanjut apabila tiba waktunya."



Tahun lalu, tiga perlawanan Six Nations Wanita dibatalkan akibat koronavirus.



England merupakan satu-satunya negara untuk beraksi dalam semua kelima-lima perlawanan pada 2020 mereka, dengan Scotland bermain tiga, dan Wales dan Ireland masing-masing empat perlawanan.



Tahun ini, perlawanan Six Nations Ireland, Scotland dan Italy akan juga diambil kira sebagai perlawanan kelayakan bagi Piala Dunia dengan ketiga-tiga pasukan belum melayakkan diri untuk kejohanan itu, yang dijangka bermula pada 18 September. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >