Premium
Pasukan bina badan SG siap gempur
Dec 12, 2018 | 5:30 AM
DIDORONG KEYAKINAN TINGGI: Pasukan bina badan kebangsaan yang diwakili (dari kiri) Shaifulhaq Ahmad Ishak, Farah Bee Ismail Dawood, Madeleine Png dan Dollah Jaafar ingin membawa pulang sekurang-kurangnya sebutir pingat bagi Singapura. - Foto WORLD BODYBUILDING AND PHYSIQUE SPORTS FEDERATION SINGAPORE -
ALANG-ALANG seluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan - ungkapan yang barangkali boleh diterapkan pada skuad bina badan kebangsaan.
Mereka ingin mengekalkan rentak kecemerlangan dalam arena bina badan musim ini dengan kemenangan di persada antarabangsa sekali gus melabuhkan tirai 2018 dengan berada di puncak prestasi.

