Kejuaraan diteruskan tanpa penonton dalam stadium

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kejuaraan diteruskan tanpa penonton dalam stadium

Langkah pengurusan lebih ketat Covid-19 hingga 30 Mei termasuk penonton dilarang ke acara sukan, acara ramai peserta digantung dan gimnasium, studio senaman ditutup
May 6, 2021 | 5:30 AM

Kejuaraan diteruskan tanpa penonton dalam stadium

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DEMI KESELAMATAN: FAS memutuskan semua perlawanan SPL diadakan tanpa penonton bagi tempoh tidak ditetapkan, dan semua pemain dan pegawai menjalani ujian swab bagi mematuhi langkah pengurusan selamat ketat pada hari perlawanan. - Foto fail BH
DEMI KESELAMATAN: FAS memutuskan semua perlawanan SPL diadakan tanpa penonton bagi tempoh tidak ditetapkan, dan semua pemain dan pegawai menjalani ujian swab bagi mematuhi langkah pengurusan selamat ketat pada hari perlawanan. - Foto fail BH -

LIGA Perdana Singapura (SPL) akan diteruskan tetapi penyokong tidak lagi dibenarkan menonton perlawanan di stadium.

Kejuaraan bola sepak tempatan itu antara beberapa acara sukan yang terjejas disebabkan langkah pengurusan lebih ketat yang diumum pemerintah kelmarin.

Dari Sabtu ini hingga 30 Mei, tiada penonton dibenarkan menyaksikan sebarang acara sukan di tempat ia berlangsung, selain acara sukan melibatkan orang ramai digantung.

Gimnasium dan studio senaman dalam bangunan juga ditutup.

Kejohanan basikal OCBC Cycle Speedway pada 29 Mei telah dianjak ke tarikh yang belum diumumkan.

Dalam satu kenyataan berasingan, Kementerian Pendidikan (MOE) mengatakan Sukan Sekolah Nasional (NSG), yang bermula Mac lalu, digantung bagi mengurangkan pergaulan pelajar antara sekolah.

Langkah diperketat itu wajar untuk menghentikan penularan Covid-19 dalam kalangan masyarakat lebih luas, kata Menteri Pendidikan Lawrence Wong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian bagi Covid-19.

"Ada sebahagian keadaan dianggap menanggung risiko lebih tinggi... biasanya apabila ada jumlah orang yang ramai, yang tidak memakai pelitup dan berada dekat satu sama lain, biasanya bagi tempoh berlanjutan," kata Encik Wong.

Dalam satu kenyataan semalam, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata langkah tersebut mengecewakan tetapi wajar dan tidak dapat dielak.

"Memandangkan keadaan baru-baru ini, kami telah memutuskan semua perlawanan SPL diadakan tanpa penonton bagi tempoh tidak ditetapkan, dan akan memastikan semua pemain dan pegawai menjalani ujian swab, untuk mematuhi langkah pengurusan selamat ketat pada hari perlawanan," kata Setiausaha Agung FAS Yazeen Buhari.

Difahamkan bahawa acara seni pertahanan diri campuran (MMA) One Championship Empower yang dijadualkan pada 28 Mei di Stadium Tertutup Singapura akan diteruskan tanpa kehadiran penonton.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg