Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kejuaraan Silat Dunia ditunda tahun depan

Jun 8, 2020 | 7:01 PM
Pesilat negara di Kejohanan Silat Dunia di Singapura pada 2018. - Foto FAIL ST
Pesilat negara di Kejohanan Silat Dunia di Singapura pada 2018. - Foto FAIL ST -

KUANTAN: Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mengesahkan Kejuaraan Pencak Silat Dunia edisi ke-20 yang dijadualkan di Kuching, pada Ogos ini, ditunda pada tahun depan.

Pemangku Presiden Pesaka, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah berkata, penundaan itu berikutan penularan pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir di negara ini dan kini memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Mengikut perancangan awal, kejuaraan ini sepatutnya berlangsung di Kuching pada Ogos ini, sebelum Pesaka juga mencadangkan tarikh baru iaitu pada Disember. Namun, jika tidak dapat diadakan hujung tahun ini akibat penularan COVID-19, kejuaraan ini akan ditunda pada tahun depan.

"Kejuaraan ini dijangka membabitkan lebih 50 negara yang akan menghantar ramai penyertaan tetapi melihat kepada situasi pandemik ini, ia sudah pasti memberi kesan," katanya.

Sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia, sebanyak 70 negara dijangka menyertai kejuaraan ini yang membabitkan penyertaan lebih 1,000 atlet, jurulatih dan pegawai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg