Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kejutan besar dari Spurs apabila belasah Man City 4-1

Sep 26, 2015 | 10:33 PM



LONDON: Tottenham Hotspur mencatatkan kejutan besar apabila membelasah pasukan pendahulu Liga Perdana England (EPL), Manchester City, 4-1 dalam satu perlawanan di White Hart Lane yang berakhir sebentar tadi (26 September).


Ia juga adalah kekalahan City, pimpinan Manuel Pellegrini, yang ketiga daripada empat perlawanan - sekali gus mengugat kedudukan mereka di takhta liga selepas memulakan musim baru ini dengan lima kemenangan berturut-turut.


City membuka tirai jaringan melalui Kevin De Bruyne - gol ketiganya sejak berpindah ke Stadium Etihad - tetapi Eric Dier melepaskan rembatan kencang bagi menyamakan kedudukan sejurus sebelum rehat.


Gol tandukan Toby Alderweireld pada awal babak kedua permainan meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan sebelum penyerang muda, Harry Kane, melebarkan jurang dengan gol sulungnya musim ini bagi Spurs.


Erik Lamela kemudian muncul dengan gol keempat bagi Spurs yang mencontohi jejak Juventus dan West Ham United yang berjaya mencatatkan kemenangan ke atas City sejauh ini.


Kemenangan itu membolehkan Spurs melompat ke tangga kelima liga dengan City mungkin tergelincir daripada tangga teratas sekiranya Manchester United memenangi pertarungannya dengan Sunderland lewat malam ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >