Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Kekalahan Ajax 'kejam': Hag

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Kekalahan Ajax 'kejam': Hag

May 10, 2019 | 05:30 AM

AMSTERDAM: Jurulatih Ajax Amsterdam Erik ten Hag menganggap penyingkiran kelabnya di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara sebagai sesuatu yang "kejam" selepas pasukan Belanda itu dihampakan jaringan terakhir Lucas Moura pada minit ke-96, bagi kemenangan buat Tottenham Hotspur, awal pagi kelmarin.

"Bola sepak boleh menjadi permainan yang menarik dan boleh menjadi kejam.

"Kami alaminya hari ini," kata Ten Hag.

Sebelum ini pasukannya yang terdiri daripada para pemain muda, seolah-olah hampir layakkan diri ke final untuk menentang Liverpool pada 1 Jun di Madrid, Sepanyol, sehinggalah jaringan babak akhir permainan oleh Moura memusnahkan impian mereka itu.

Selepas tewas 1-0 di London, Tottenham mara ke final hasil jaringan hat-trick Moura yang melengkapkan kemengan 3-2 dalam perlawanan penuh sengit itu.

Dengan agregat 3-3, Spurs mara berdasarkan kelebihan jaringan di padang lawan.

Keputusan itu mengakhiri perjalanan Ajax melalui tiga pusingan kelayakan bermula Julai lalu, sehinggalah ke peringkat separuh akhir.

Sepanjang perjalanan tersebut, mereka menundukkan bekas juara, Real Madrid, dan Juventus dan berada di ambang kemenangan hanya beberapa saat sebelum melayakkan diri ke final sehingga semua berakhir dengan kekecewaan.

"Secara keseluruhannya, kami telah melalui kempen Liga Juara-Juara yang hebat.

"Padahal kami hanya sekitar sesaat untuk layakkan diri ke final, dan atas sebab itu, pasukan kami layak dipuji. Saya amat bangga dengan para pemain kami," kata ten Hag. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3