Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Kekalahan bak 'tumbukan tepat' di muka: Klopp

Juara bertahan Liverpool kecundang di tangan Burnley di padang sendiri
Jan 23, 2021 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Jurgen Klopp menyifatkan kekalahan mengejut 1-0 kepada Burnley yang akhirnya menamatkan rekod 68 perlawanan tanpa kalah Liverpool di Anfield, seperti satu "tumbukan tepat di bahagian muka".



Kali terakhir pasukan bimbingan Klopp tumpas di padang sendiri ialah ketika berdepan Crystal Palace pada April 2017.



Dalam aksi Liga Perdana England (EPL) awal pagi semalam, Ashley Barnes membantu Burnley mencatat kemenangan pertama di Liverpool sejak 1974 apabila beliau menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-83 selepas dikasari penjaga gawang, Alisson Becker.



"Ia sangat padu, seperti satu tumbukan tepat ke muka dan saya harus dipertanggungjawabkan. Kami banyak menguasai bola, mencipta peluang namun gagal menyempurnakannya.



"Ia membuatkan aksi perlawanan ini menjadi sangat terbuka sebelum mereka mendapat penalti. Alisson memberitahu saya dia tidak menyentuhnya, tetapi saya tidak melihat lagi.



"Jika sesuatu tidak berkesan, anda perlu mencuba sedaya upaya. Kami tewas perlawanan yang saya rasa sebenarnya mustahil untuk tewas, tetapi kami masih tewas," kata Klopp.



Kekalahan itu menyebabkan Liverpool tergelincir ke tangga keempat selepas mencatat kekalahan kedua dalam tiga aksi terakhir liga.



Mereka kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga, Manchester United yang mempunyai 40 mata selepas 19 perlawanan.



Liverpool juga gagal mencatat kemenangan dalam lima perlawanan liga dan kali terakhir mereka menjaringkan gol adalah pada 27 Disember lalu ketika mencatat keputusan seri 1-1 berdepan West Bromwich Albion.



Ini kali pertama The Reds gagal menjaringkan sebarang gol selepas empat perlawanan sejak Mei 2000.



Selepas kekalahan di tangan Burnley, Klopp berkata pasukannya hanya mempunyai diri sendiri untuk disalahkan dan perlu mencari huraian terhadap masalah mereka.



"Ia bukan tentang menyalahkan sesiapa...kami perlu menyelesaikan masalah ini bersama.



"Dalam bola sepak, kita tidak mempunyai masa yang banyak. Kami telah mencuba, ada masanya ia menjadi dan kadang kala ia tidak.



"Itulah masalahnya...anda perlu sentiasa mencuba mencari peluang.



"Buat masa ini sukar untuk membayangkan tentang saingan liga," ujarnya lagi.



Namun begitu, Klopp masih percaya bahawa pasukannya dapat bangkit untuk memberi saingan sengit dalam mempertahankan takhta mereka.



Liverpool bakal berhadapan United dalam aksi pusingan keempat Piala FA, Isnin ini sebelum berkunjung ke London empat hari kemudian untuk bertemu Tottenham dalam aksi liga.



Sementara penyerang Burnley, Ashley Barnes berkata beliau awalnya menjangka dapat menjaringkan gol ke-100 lebih awal dalam kerjayanya. Namun pemain berusia 31 tahun itu tetap gembira saat istimewa itu akhirnya muncul dalam kemenangan ke atas Liverpool.



Burnley menamatkan rekod 68 perlawanan tanpa kalah Liverpool di tangga teratas liga Inggeris.



"Ini istimewa. Untuk mendapatkan gol ke-100 saya di tempat seperti ini adalah istimewa, " kata Barnes.



"Saya sepatutnya mencapainya lama dahulu. Saya kecewa kerana tidak berjaya mendapatkannya lebih awal tetapi sebagai penyerang, anda harus sentiasa yakin di depan gawang ... mujurlah ia berjaya dicapai malam ini. Saya akan sentiasa berusaha untuk menjaringkan gol." katanya - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >