Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Kekalahan kepada Burnley singkir Fulham daripada EPL

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Kekalahan kepada Burnley singkir Fulham daripada EPL

Pasukan pimpinan Scott Parker sertai Sheffield United, West Bromwich Albion ke divisyen Championship musim depan
May 12, 2021 | 05:30 AM

LONDON: Fulham tersingkir daripada Liga Perdana England (EPL) selepas tewas kepada Burnley semalam, keputusan yang turut menjamin tempat Burnley di liga teratas England itu.

Buat pertama kali dalam era EPL, semua pasukan yang tersingkir diputuskan dengan musim berbaki tiga perlawanan.

Fulham, yang bergelar The Cottagers, menyertai Sheffield United dan West Bromwich Albion jatuh ke divisyen Championship musim depan.

Bagai ditakdirkan, nasib Fulham musim depan ditentukan dalam 10 minit terakhir separuh masa pertama di Craven Cottage, apabila Burnley menjaringkan dua gol.

Ashley Westwood menjaringkan gol pertama dalam satu serangan balas, menyempurnakan hantaran Matej Vydra.

Tidak lama kemudian, Chris Wood menjaringkan gol kedua, merembat kencang dari luar petak penalti, untuk menjaringkan gol ke-50 bagi Burnley.

Kekalahan itu bermakna pengurus Scott Parker dan Fulham kini berada 10 mata daripada zon selamat dengan musim berbaki tiga perlawanan, sekali gus tidak berpeluang merapat jurang itu.

Dengan serta-merta Fulham kembali ke Championship selepas naik ke EPL musim lalu.

Sebaliknya, Burnley, yang akan menandingi musim EPL keenam berturut-turut mendaki ke tangga ke-14 dengan kemenangan itu.

Fulham masih mempunyai tiga perlawanan EPL, tetapi Parker dijangka telah mula mengatur rancangan untuk membawa pasukannya kembali ke EPL pada musim selanjutnya

Parker telah menunjukkan beliau mampu mencapainya.

Dua musim lalu beliau memimpin Fulham kembali ke EPL, melalui play-off, selepas disingkir.

Namun masalah bagi Parker dan Fulham ialah sebahagian pemain berkaliber yang menyarung jersinya musim ini hanya berada di kelab itu sebagai pemain pinjaman.

Malah, empat pemain sedemikian memulakan perlawanan dengan Burnley, dengan dua lagi pemain menyertai perlawanan dari bangku.

Ademola Lookman salah seorang pemain itu dan bekas pemain Everton itu mewakili peluang terbaik bagi Fulham menjaringkan gol.

Seorang lagi pemain ialah, penjaga gawang Alphonse Areola, yang tangkas, menyelamatkan beberapa percubaan sebelum Burnley menjaringkan gol.

Parker dipuji kerana mengatur strategi permainan menarik dan berkesan, dan antara tiga pasukan yang tersingkir daripada EPL, Fulham boleh dikatakan sebagai paling tidak bernasib baik, selepas ia mengalami beberapa kekalahan tipis dan menang di Liverpool, Everton dan Leicester City.

Namun, hakikatnya ialah Fulham kurang konsisten sepanjang musim dan tidak mempunyai barisan serangan yang boleh menjaringkan gol dengan tetap.

Dalam 35 perlawanan setakat ini, Fulham hanya menjaringkan 25 gol - hanya Sheffield United menjaringkan kurang daripada itu.

Parker cuba mempertajam serangannya dengan menyertakan Aleksandar Mitrovic - yang menjaringkan 26 gol bagi Fulham dua musim lalu - namun Mitrovic gagal menambah kepada tiga gol yang dijaringkannya musim ini.

Fulham bangkit dalam separuh masa kedua, tetapi sekali lagi gagal menjaringkan gol. Andre-Frank Zambo Anguissa hampir menjaringkan gol, tetapi percubaannya melantun keluar selepas mengena palang.

Akhinrya, Parker dan pasukannya tewas, dan selepas meraih hanya satu mata daripada tujuh perlawanan terakhir, perlu menerima realiti mereka beraksi dalam Championship musim depan. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3