PEMAIN pedang Singapura, Amita Berthier, percaya peningkatan pada kekuatan mental merupakan kunci bagi kemenangan keduannya di kejohanan Piala Dunia Junior Ahad lalu.

Remaja itu yang memulakan pengajian di Universiti Notre Dame pada September, menewaskan Hanna Andreyenka dari Belarus 15-3 dalam peringkat akhir acara 'foil' wanita di pusingan Guatemala.