Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK TEMPATAN: APA KATA PENGARAH TEKNIKAL BARU FAS MICHAEL BROWNE

Kekurangan terbesar S’pura: Tidak bangunkan bakat bawah 12 tahun

S’pura mampu jejak Piala Dunia 2034? Mengapa tidak?
Mar 26, 2023 | 05:30 AM



TIADA kuasa ajaib atau rahsia untuk mengecapi kejayaan dalam bola sepak, kata pengarah teknikal baru Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Michael Browne.



Malah, warga England itu menekankan pentingnya untuk Singapura membangunkan kumpulan bakatnya di setiap peringkat usia.



Beliau menyasar untuk memperbaiki bola sepak tempatan dengan membina sebuah sistem pertandingan yang berstruktur dalam tempoh dua tahunnya bersama FAS.



Browne, 63 tahun, dilantik FAS pada Julai 2022. Beliau menggantikan Joseph Palatsides, yang meninggalkan badan pentadbir bola sepak negara pada Disember 2021.



Browne ditugaskan menyelia pembangunan bola sepak Singapura dalam semua aspek, termasuk bertanggungjawab menyediakan dan melaksanakan rancangan pembangunan bola sepak setempat.



Lapan bulan sudah berlalu, antara usahanya adalah menganjurkan ujian mengenal pasti pemain nasional FAS dalam pelbagai kumpulan usia - Bawah 8 hingga 15 tahun untuk budak lelaki dan perempuan - pada Mac.



Percubaan itu, yang merupakan sebahagian projek Unleash the Roar! (UTR), bertujuan mengenal pasti pemain berbakat untuk menyertai kumpulan latihan Pusat Pembangunan FAS/UTR, yang dijangka dilancarkan pada pertengahan 2023.



Ditemui Berita Minggu (BM) semasa satu sesi ujian pada 15 Mac di Stadium Jalan Besar, Browne berterus terang berkata bahawa tahap bola sepak pasukan belia Singapura untuk lelaki dan perempuan tidak setanding negara jirannya di rantau ini.



"Sejak saya berada di sini, saya telah melihat tiga atau empat kejohanan. Saya telah melihat persembahan mereka dan kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa tahap pemain kita lebih rendah daripada negara-negara jiran," kongsi beliau.



"Ada dua cara untuk anda mendekati perkara ini - anda menerima kenyataan kami tidak bagus atau anda cuba untuk melakukan sesuatu. Seperti anda lihat hari ini, kami cuba mengusahakan sesuatu."



Browne menambah bahawa kekurangan terbesar dalam bola sepak Singapura adalah pembangunannya di bawah peringkat usia 12 tahun.



"Jadi, sekiranya kita dapat menangani bahagian ini, dan meningkat tahap permainan pemain muda, lelaki dan perempuan, sebelum mereka mencecah usia 12 tahun, ia memberi kita asas yang baik untuk melangkah ke hadapan," jelasnya.



Mengulas mengenai persembahan hambar pasukan senior nasional dalam Piala AFF 2022, Browne berkata ia adalah "kecenderungan semula jadi penyokong untuk mencari seseorang untuk dipersalahkan".



"Oh, jurulatih tidak melakukan tugasnya dengan baik atau mereka tidak memilih pemain yang tepat. Tetapi, ada masanya, anda juga perlu lihat tahap pemain yang kami ada dalam negara ini," kata beliau.



"Dan jika tahap pemain dalam negara, tidak kira apa peringkat usia, tidak seperti yang sepatutnya, maka kita perlu mencuba dan melakukan sesuatu mengenainya.



"Dan satu-satunya cara untuk berbuat sedemikian adalah bermula dari usia muda, bekerjasama dengan pemain secara bertahap untuk mempertingkatkan prestasi mereka, supaya pasukan nasional untuk semua kumpulan usia dapat bermain dengan lebih baik. Tiada kuasa ajaib, tiada rahsia dalam membangunkan pemain," tambahnya.



Browne, yang memegang Lesen Pro Uefa, mempunyai pengalaman sebagai pengarah teknikal di Asia. Pelantikan terakhirnya adalah di kelab Liga-I India, Punjab FC pada Mac 2019 hingga Julai 2020. Sebelum itu, beliau ialah pengarah teknikal Bola Sepak Northern New South Wales di Australia pada Julai 2004.



Bekas pengarah akademi Charlton Athletic itu juga menghabiskan 10 tahun di Timur Tengah sebagai ketua pencungkil bakat untuk pasukan nasional Qatar. Beliau juga ketua jurulatih bola sepak Akademi Aspire, yang terkenal menghasilkan pemain bintang Qatar.



Dengan projek terbarunya di Singapura, Browne ingin membawa sentuhan magisnya dalam membentuk sebuah sistem pertandingan yang berstruktur di sini.



"Jika kami mempunyai sistem pertandingan berstruktur di mana pemain muda di Singapura berpeluang bermain pada tahap yang sesuai untuk mereka, maka itu adalah permulaan yang baik. Pemain terbaik kita harus bersaing dengan yang terbaik di sini," kata beliau.



"Matlamat saya pada akhirnya adalah untuk menetapkan struktur, proses yang berkesan dan dapat secara konsisten menghasilkan pemain yang lebih berkualiti berbanding apa yang telah dilaksanakan dalam lima atau 10 tahun yang lalu.



"Melihat keputusan semua pasukan nasional kita, ia adalah disebabkan apa yang berlaku dalam lima atau 10 tahun yang lalu. Itulah tahap bola sepak kita."



Ditanya BM sama ada sasaran Singapura untuk ke Piala Dunia 2034 adalah realistik dan mampu dicapai, Browne tidak menolak sebarang kemungkinan.



"Saya mula bertugas di Qatar pada 2004. Dan jika anda memberitahu warga Qatar bahawa mereka akan menang Piala Asia pada 2019, mereka tidak akan percaya.



"Tetapi, mereka berjaya melakukannya kerana mereka menetapkan program untuk mencapai kejayaan itu," kata Browne.



"Apakah peluang Singapura untuk ke Piala Dunia pada 2034? Fifa telah memperluaskan jumlah pasukan yang akan ke Piala Dunia. Itu pastinya akan membantu. Jadi, mengapa tidak?" tambahnya.




BILA KEJAYAAN SEPERTI INI AKAN DICAPAI LAGI?



"...jika tahap pemain dalam negara, tidak kira apa peringkat usia, tidak seperti yang sepatutnya, maka kita perlu mencuba dan melakukan sesuatu mengenainya.
Dan satu-satunya cara untuk berbuat sedemikian adalah bermula dari usia muda, bekerjasama dengan pemain secara bertahap untuk mempertingkatkan prestasi mereka, supaya pasukan nasional untuk semua kumpulan usia dapat bermain dengan lebih baik. Tiada kuasa ajaib, rahsia dalam membangunkan pemain.''
- Pengarah Teknikal baru FAS, Michael Browne.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >