Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kelab bangga 3 pemain terpilih dalam skuad negara

Mar 01, 2021 | 05:30 AM



KELAB sepak takraw setempat, AirLandSea (ALS) Sports, melahirkan rasa gembira dan bangga tiga pemainnya terpilih dalam pasukan nasional wanita pertama negara.



Perasaan itu dinyatakan pengasas pasukan wanita ALS Sports, Suzalinah Saidee, yang membentuk pasukan wanitanya sendiri pada 2014 dengan tujuan, terutamanya mengembangkan sukan sepak takraw dan mencungkil bakat dalam kalangan wanita setempat.



"Saya rasa gembira dan sangat menghormati semangat kental dan keberanian mereka menerima usulan menghadiri sesi pemilihan anjuran Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses).



"Walaupun mereka belum beraksi dalam pertandingan dalam negeri, dengan dorongan kuat kami, mereka berani mencuba kebolehan mereka," jelas Suzalinah, juruaudit dalaman di Perses.



Menurut beliau, ALS Sports adalah salah satu badan kerabat rasmi Perses sejak 2012.



Ia telah merekrut seramai 12 pemain wanita baru pada 2019 untuk menyertai pertandingan Antara Regu Wanita anjuran Perses yang ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.



Pasukan itu dibimbing oleh Mohamed Salim Ebrahim Marican, yang juga Naib Presiden Perses.



Selaku jurulatih, Salim melahirkan rasa bangga melihat anak didiknya diserapkan ke skuad nasional.



"Memandangkan mereka ini (pasukan wanita) baru, mereka harus diberi banyak pendedahan di peringkat dalam dan luar negara.



"Seterusnya jika bakat yang ada pada mereka dapat diasah dengan baik, saya yakin mereka akan memberi kebanggaan kepada negara dan kelab," ujar Salim.



Buat masa ini, kata Suzalinah, perjalanan pasukan pemain wanita ini masih di peringkat awal.



"Masih terlalu awal untuk membuat penilaian mengenai potensi mereka. Yang pasti jika mereka mengekalkan disiplin, dedikasi dan semangat terus mempertingkatkan diri dan mutu permainan, insya-Allah mereka akan berjaya mengharumkan nama negara," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >