Premium
Kelab Jerman Leipzig dapat kelulusan sambut penyokong
Sep 3, 2020 | 5:30 AM
STADIUM BERGEMA SEMULA: Selepas beraksi tanpa penonton beberapa bulan Leipzig akan kembali mendengar sorakan penonton. Kali terakhir Leipzig bermain di depan penyokong di stadium ialah semasa kemenangan 3-0 ke atas Tottenham Hotspurs dalam Liga Juara-Juara 16 Mac lalu. - Foto REUTERS -
BERLIN: RB Leipzig telah menerima kelulusan membuka stadium mereka kepada 8,400 penyokong bagi perlawanan pembukaan Bundesliga pertengahan September ini, sekali gus menjadikannya kelab Jerman pertama dalam liga utama yang menyambut semula penyokong sejak pandemik koronavirus menular di negara itu Mac lalu.
Kehadiran penyokong itu bermakna Red Bull Arena akan menampung 20 peratus daripada had penyokongnya apabila Leipzig menjadi tuan rumah kepada Mainz pada 20 September ini.

